5 Langkah Mudah Buat Benih Strawberry Sendiri & Tanam Di Balkoni Rumah

  • Rishdan
  • 08 Mar 2017
  •   Comments Off on 5 Langkah Mudah Buat Benih Strawberry Sendiri & Tanam Di Balkoni Rumah
Cara menanam strawberry agar cepat berbuah di rumah

Jika anda minat untuk bercucuk tanam tetapi mempunyai ruang yang terhad, anda boleh cuba idea dari lelaki ini. Buat benih strawberry sendiri dan tanam di balkoni rumah – cukup menarik. Idea ini telah dikongsi oleh Asri Meris. Sama-sama kita lihat sendiri perkongsian hebat Asri Meris ini.

Tanam Strawberry Sendiri Di Rumah

Cara paling mudah untuk buat benih strawberry. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Sangat mudah. Tetapi, pastikan benih “local” supaya senang tumbuh.

1. Kupas kulit buah & letak atas tisu

VIEW IN GALLERYBuah strawberi yang dibuang kulit dan dikeringkan
Kupas kulit strawberry & letakkan di atas kertas tisu.

2. Keringkan

VIEW IN GALLERYProses pengeringan selama beberapa hari
Keringkan selama beberapa hari.

3. Asingkan benih dari kulit

VIEW IN GALLERYAsingkan benih dari kulit perlahan2.. sekiranya betul2 kering, biji benih akan tanggal sendiri..
Asingkan benih dari kulit perlahan2.. sekiranya betul2 kering, biji benih akan tanggal sendiri.

VIEW IN GALLERYBiji benih strawberi buat sendiri
Benih yang berjaya dikumpul setelah beberapa hari dikeringkan

4. Tanam

VIEW IN GALLERYSemai benih strawberi
Selepas beberapa minggu (ini selepas 3 minggu ditanam), benih tadi akan mula bercambah.

5. Tuai hasil

VIEW IN GALLERYTanam sendiri pokok strawberi di balkoni rumah

VIEW IN GALLERYCara tanam sendiri pokok strawberi di rumah

Tanam di balkoni rumah. No direct sunlight. Hanya dapat cahaya matahari pagi smpai jam 11 pagi.

Siram sekali sehari.

Kami telah kongsikan cara mengambil biji strawberry dari buahnya. Dan juga cara tanam. Hujung minggu ni kalau ada masa terluang anda boleh cuba buat sendiri benih strawberi & tanam di balkoni rumah. Nanti bila dah dapat tuai hasil boleh belanja gambar dengan kami. Selamat mencuba!!kredit : Asri Meris

Subscribe to our Newsletter