Cara Buat Sendiri Wainscoting Untuk Projek DIY Hujung Minggu

  • Rishdan
  • 08 Feb 2017
  •   Comments Off on Cara Buat Sendiri Wainscoting Untuk Projek DIY Hujung Minggu
Cara buat diy wainscoating menggunakan kayu skirting

Dalam ruangan DIY sebelum ini kami ada tunjukkan bagaimana cara membuat hiasan dinding dengan bahan terpakai. Hasilnya sungguh kreatif. Poket anda juga boleh jimat dengan projek diy hiasan dinding. Bahan yang digunakan pula sangat senang. Cuba cari di dapur, kalau ada papan lapis kek yang belum masuk bakul sampah. Kalau masih ada, boleh baca bagaimana wanita ini membuat sendiri hiasan dinding dengan menggunakan papan lapis kek. Hasilnya sangat cantik. Tapi sebelum itu, kami juga ingin kongsikan kepada anda cara buat sendiri wainscoting dalam ruangan DIY kali ini. Sebagai pengenalan, wainscoting atau nama lainnya wall moulding biasanya dipanggil panel kayu di Malaysia.

Cara buat sendiri wainscoting dengan modal Rm159 sahaja

Tutorial Diy cara buat wainscoting ini dimuatnaik oleh seorang pengguna facebook, Norman Mahmun pada pertengahan bulan Januari yang lepas. Idea yang cukup menarik, dan menjimatkan – maklumlah kalau upah kontraktor dompet akan menipis. Harga buat wainscoting sendiri jauh lebih murah. Anda sudah sedia? Kalau ya, sama-sama kita baca sendiri cara buat DIY wainscoting untuk hiasan pada dinding rumah.

Sama-sama kita ikuti tutorial cara buat wainscoting dari beliau. Hujung minggu nanti anda boleh cuba sendiri. Kami telah olah kembali penulisan beliau dalam facebook untuk dimuatkan ke dalam entri ini.

01. Beli kayu skirting atau panel kayu di kedai hardware. Saiz skirting mesti ikut saiz dinding rumah. Jangan terlalu besar nanti hasil kurang memuaskan. Dalam projek ini, lelaki ini hanya habiskan modal sebanyak Rm159 sahaja termasuk GST.. 🙂

VIEW IN GALLERYSaiz kayu wainscoting atau panel kayu

02. Potong siap-siap kayu skirting dengan gergaji enjin. Pastikan ukuran tepat dengan saiz yang akan anda buat.

VIEW IN GALLERYKayu skirting yang siap dipotong sedia untuk digunakan

03. Cantumkan kayu skirting ikut ukuran yang kita nak menggunakan gam tembak seperti gambar di bawah.

VIEW IN GALLERYKayu skirting yang siap di gam sedia untuk dilekatkan ke dinding

VIEW IN GALLERYContoh gam tembak liquid nail

04. Setelah siap dicantumkan, tampal pada dinding sekali lagi menggunakan gam tembak. Sebelum itu, ukur dan lukis pada dinding untuk memudahkan kita tampal skirting yang siap dicantumkan tadi.

VIEW IN GALLERYKayu skirting yang ditampal pada dinding ruang tamu dan dibiarkan kering selama beberapa hari

05. Lekatkan tape untuk elakkan frame dari tertanggal dan buat ia kukuh. Biarkan 3 hari untuk kering sepenuhnya. Sekiranya ada jurang di antara kayu dan dinding, anda hanya perlu tutup menggunakan gap sealant untuk memastikan wainscoting kita kemas.

VIEW IN GALLERYGap sealant digunakan untuk menutup ruang pada bucu wainscoting

06. Selepas 3 hari, anda boleh mula mengecat. Dalam projek ini, beliau memilih warna gold untuk padankan dengan warna dinding. Sebelum mengecat, masking tape ditampal untuk membuat sempadan cat gold. Ini bagi menghasilkan garis luris yang tepat pada sempadan cat nanti. Seterusnya anda boleh mula mengecat. Setelah siap mengecat dan cat sudah dipastikan kering, masking tape tadi boleh dibuang. Beginilah hasil diy wainscoting dinding beliau.

VIEW IN GALLERYCara buat diy wainscoating menggunakan kayu skirting

VIEW IN GALLERYDIY wainscoting guna panel kayu untuk dinding

Apa pendapat anda? Cantik bukan? Kongsikan pendapat anda dengan kami. Kalau ada projek diy yang ingin dikongsikan, anda boleh hubungi facebook kami di fb.com/hiasdotmy.

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter