Cara Hasilkan Rak Diy Dari Batang Aiskrim Untuk Dekorasi Dinding

  • Rishdan
  • 17 Jan 2017
  •   Comments Off on Cara Hasilkan Rak Diy Dari Batang Aiskrim Untuk Dekorasi Dinding
Hasil tangan diy rak dari batang aiskrim

Sekarang ini “DIY” semakin mendapat tempat di negara kita. Sebagai contoh dengan menggunakan barang-barang terpakai seperti pallet pelbagai jenis perabot boleh dihasilkan. Selain menjimatkan, idea diy juga mampu memhasilkan produk yang cantik. Jadi tidak hairanlah kenapa diy semakin meningkat popularitinya di Malaysia.

Dalam ruangan diy sebelum ini kami ada bawakan kepada anda hasil diy cat dinding seorang pengguna facebook yang cukup cantik – Baca Diy Cat Dinding . Untuk entri kali ini kami tertarik dengan idea rak diy menggunakan batang aiskrim yang sangat cantik sebagai hiasan malahan berguna sebagai tempat penyimpanan barang contohnya mainan anak-anak. Idea ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook yang mendapat pujian dan komen yang positif.

Baca juga : Cara Miliki Kabinet Dapur Dengan Modal 1.5k

Berikut adalah hasil Hiasan Rak Diy Dari Batang Aiskrim

VIEW IN GALLERYBatang asikrim digunakan untuk hasilkan rak diy
Bahan yang diperlukan dalam projek diy rak ini ialah batang aiskrim dan gam (Uhu).

VIEW IN GALLERYIdea Diy hiasan dinding dari batang aiskrim
Batang-batang aiskrim dicantumkan menjadi bentuk yang anda inginkan dengan menggunakan gam.

VIEW IN GALLERYIdea diy hiasan dinding kreatif dari batang aiskrim yang cantik
Setelah siap, rak hiasan diy ini dilekatkan di dinding menggunakan wall plug. Anda boleh hiasinya dengan mainan seperti di atas.

VIEW IN GALLERYHasil tangan diy rak dari batang aiskrim
Idea unik untuk hiasan dinding yang boleh selamatkan poket anda. Ruang dinding yang kosong akan nampak lebih menarik dengan diy rak dari batang aiskrim ini.

VIEW IN GALLERYRak diy menarik dan comel dari batang aiskrim
Anak-anak anda pasti sukakan hiasan ini.

VIEW IN GALLERYRak diy bentuk sarang lebah ntuk hiasan dinding

Menarik dan comel bukan? Dan mungkin idea ini boleh menjadi projek hujung minggu anda bersama keluarga. Di samping dapat luangkan masa bersama anak-anak anda juga boleh menghias rumah dengan idea diy ini. Anda juga boleh kongsikan hasil diy anda kepada kami.

Subscribe to our Newsletter