Cara Hias Dapur Tanpa Membazir Ruang Countertop

Pandangan keseluruhan kabinet dapur dan countertop

Bagi seorang wanita atau suri rumah, dapur diibaratkan sebagai jantung untuk sesebuah rumah. Ia bukan sahaja tempat untuk menyediakan makanan; ia juga adalah tempat berkumpul, menyiapkan kerja rumah, menikmati minum petang dan juga tempat di mana ahli keluarga berborak . Sebagai ruang penting dalam sesebuah rumah, dapur berhak untuk kelihatan cantik. Ketika kita berfikir untuk hias dapur, mungkin ada yang bimbang untuk menggunakan aksesori tambahan dalam ruang dapur yang sememangnya terhad . Jangan risau. Artikel ini akan memberikan anda idea dengan contoh-contoh pelbagai jenis aksesori hiasan dalaman dapur sebenar yang sesuai dipraktikkan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu risau tentang ruang dan kebersihan “countertop” dapur anda.

VIEW IN GALLERYCara hias dapur tanpa bazirkan ruang

Dengan tambahan aksesori kecil kita juga boleh merubah rupa dapur menjadi lebih menarik dan ceria.

VIEW IN GALLERYDekorasi dapur kontemporari moden

Cara Hias Dapur Kontemporari

Membawa konsep dapur terbuka, dapur kontemporari ini bukan lagi sekadar tempat untuk memotong sayur dan memasak.

VIEW IN GALLERYCountertop warna putih dengan kerusi kuning hiasan dapur

“Kitchen island” dengan permukaan putih menjadi pemisah antara ruang di samping untuk mengekalkan konsep dapur terbuka. Untuk menceriakan ruang dapur, pelbagai warna menarik digunakan pada tempat yang sesuai. Sebagai contoh, kerusi warna kuning yang menjadi warna penarik bersebelahan dengan karpet berwarna-warni. Gabungan warna putih dan kuning mencerahkan ruang tanpa mengganggu.Simple tapi menarik bukan?

Baca juga : Hiasan Dalaman Dapur Moden

VIEW IN GALLERYDapur kontemporari dengan periuk biru

Di atas “kitchen island” dilengkapi dengan dapur gas dan periuk unik berwarna biru yang sememangnya lain dari warna kebiasaan.

VIEW IN GALLERYDapur kontemporari dengan dihiasi periuk biru

Periuk biru juga kelihatan padan dengan kerusi kuning dan almari pantri di belakang “kitchen island” itu. Gabungan warna yang mudah, segar dan mencerahkan ruang di samping membuatkan dapur nampak lapang dan ceria.

VIEW IN GALLERYCara hias dapur kontemporari dengan warna solid

Warna solid juga menghiasi dapur kontemporari ini. Sebagai contoh, pasu yang diletakan berhampiran sudut tingkap. Ini adalah sentuhan dekorasi yang hebat untuk ruang dapur jika anda mempunyai tingkap.

VIEW IN GALLERYAbstrak karpet dengan warna biru-kelabu

Karpet yang menarik dengan gabungan warna biru-kelabu dan percikan kuning membawa kombinasi warna yang menarik. Tetapi, kerana warna permaidani adalah versi yang lebih lembut daripada warna-warna lain untuk menyejukkan mata.

VIEW IN GALLERYCara dekorasi dapur kontemporari dengan penggunaan sinki putih

Sinki putih dipadankan dengan paip yang cantik dan moden.

VIEW IN GALLERYPandangan keseluruhan kabinet dapur dan countertop

Peralatan dapur yang digunakan juga sering menjadi sebahagian daripada hiasan dapur. Pembakar roti dan pengisar diletakan di atas countertop. Ini adalah kedudukan yang kemas dengan backsplash, menjaga ruang sekitar countertop dan sedia digunakan apabila perlu.

VIEW IN GALLERYPandangan sudut pintu kabinet dapur

Warna kelabu lembut pada pintu dan laci kabinet dapur nampak sempurna dengan ruang keseluruhan termasuk tingkap dan jubin backsplash. Sememangnya hiasan dapur yang cukup sempurna dan cantik.

Subscribe to our Newsletter