11 Cara Yang Bijak Untuk Hias Tangga Rumah

Hiasan tangga dengan rack basikal

Tangga mungkin ruang paling kecil.Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menghiasnya sama seperti ruang lain dalam rumah kita. Bukan sahaja membawa suasana baru, tangga yang di hias juga akan jadi lebih menarik dan mungkin juga membawa motivasi berguna. Baru la tidak terasa berjalan dari bawah ke atas. Bercakap tentang kreativiti, ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk menghias anak tangga – sebagai contoh anda boleh cat, tampal sticker, atau menggunakan wallpaper.

Oleh itu, kami ingin mengajak anda yang inginkan kelainan, mencuba idea dekorasi ini. Sama-sama kita lihat idea untuk jadikan rumah kita lebih menarik dan ceria. Berikut adalah 25 idea inspirasi untuk menghias tangga anda.

1.Buat Jalur Guna Cat

VIEW IN GALLERYIdea kreatif mengecat tangga dengan jalur warna warni

Jalur yang di cat warna-warni pasti membuat siapa saja tengok akan teruja. Ada ke pembaca hias.my yang berani buat tangga macam ni? kredit

2. Buat bentuk Chevron

VIEW IN GALLERYIdea kreatif mengecat tangga dengan bentuk chevron

Kalau nak tahu cara untuk hias tangga dengan bentuk Chevron ni boleh belajar di sini.

3. Buku

VIEW IN GALLERYHiasan tangga dengan lukisan buku

Tabik hormat pada si pelukis – Sangat kreatif dan nampak sangat real. Kredit

4. Pita pelekat

VIEW IN GALLERYHiasan tangga kreatif dengan guna puta pelekat berwarna

Pelik tapi benar – dengan menggunakan pita pelekat berwarna juga boleh menjadi dekorasi yang unik.

5. Tali

VIEW IN GALLERYHiasan tangga guna tali

Nampak simple tapi kadang-kadang tak terfikir tali pun boleh dijadikan bahan dekorasi untuk tangga.

6. Tampal Sticker

VIEW IN GALLERYHiasan tangga menggunakan sticker\

Kata-kata motivasi kalau dibaca selalu pasti melekat. Boleh cuba idea ini kalau anda sukakan quote menarik contohnya.

7. Lampu LED

VIEW IN GALLERYDekorasi tangga dengan lampu LED

Sangat cantik dan meriah

8. Rak Basikal

VIEW IN GALLERYHiasan tangga dengan rack basikal

Peminat basikal pasti suka hiasan ini.- kredit : fancy

9. Warna Pelangi

VIEW IN GALLERYDekorasi tangga dengan cat warna pelangi

Warna pelangi pada anak tangga menjadikan laluan kosong dengan dinding serba putih jadi lebih menarik dan tidak kosong atau bosan. [sumber]

10. Nombor

VIEW IN GALLERYDekorasi anak tangga dengan nombor

Sangat bagus kalau anda ada anak kecil. Dekorasi dengan fungsi, untuk pembelajaran anak-anak.

11. Mural

VIEW IN GALLERYDekorasi anak tangga dengan mural

Akhir sekali – mural yang unik dengan kata-kata motivasi yang dicat pada anak tangga, memerlukan bakat melukis yang tinggi. Walaupun untuk melukis mural tangga ini perlukan masa yang lama, tapi lihatlah sendiri hasilnya – berbaloi dengan usaha.[kredit: Mi Casa es Feng]

Subscribe to our Newsletter