Contoh Pintu Pagar Rumah Terkini Untuk Kediaman Moden – Daya Penarik Kediaman

  • Rishdan
  • 17 Apr 2017
  •   Comments Off on Contoh Pintu Pagar Rumah Terkini Untuk Kediaman Moden – Daya Penarik Kediaman
Model pintu pagar besi minimalis sesuai untuk rumah moden

Adakah anda seorang yang ambil berat tentang penampilan kediaman anda? Adakah anda fikir reka bentuk rumah sangat penting atau anda jenis yang tidak kisah, janji ada bumbung untuk berteduh? Jika anda seorang yang inginkan sebuah kediaman yang menarik dan moden, teruskan baca artikel ini – pintu pagar terkini. Ia sesuai untuk anda!

Idea pintu pagar terkini untuk kediaman anda

Benda pertama nampak jika seseorang datang ke rumah anda, adalah pintu pagar, betul tak? Melainkan rumah anda adalah jenis rumah kampung yang aman damai dan tidak perlukan pagar . Syukur Malaysia masih aman. Pintu pagar adalah perkara pertama yang memberikan “first impression” sesebuah kediaman yang mencerminkan peribadi anda, gaya anda, dan personaliti anda. Itulah sebabnya ada pemilik rumah yang sanggup labur untuk hias jalan masuk mereka, buat landskap mini depan rumah, dan sudah tentu, pintu pagar. Walaupun, kebanyakan rumah-rumah hari ini masih direka dalam gaya tradisional tetapi trend kini, ramai yang cenderung untuk pilih reka bentuk moden dalam seni bina rumah.

OK, kalau anda sedang rancang untuk ubah suai rumah atau sedang bina rumah baru, jom kami tunjukkan kepada anda beberapa idea pintu pagar moden, yang sangat menarik. Anda boleh guna contoh pintu pagar moden di bawah, jadikan ia inspirasi untuk rumah sendiri. Samada nak tiru betul-betul sama atau ubah ikut gaya yang anda nak – terpulang. Kami kumpulkan dan kongsikan dengan anda gambar dan contoh pintu pagar kerana kami rasa ini yang terbaik dari segi reka bentuk dan kemasan. Tidak lupa juga dari segi keselamatan. Semuanya terbaik.

VIEW IN GALLERYModel pintu pagar besi minimalis

VIEW IN GALLERYIdea pintu pagar moden yang menarik sesuai untuk rumah moden

VIEW IN GALLERYIdea pintu pagar sisi rumah dengan design moden minimalis

VIEW IN GALLERYModel pintu pagar besi minimalis sesuai untuk rumah moden

VIEW IN GALLERYDesign pintu pagar sisi rumah moden dan terkini

VIEW IN GALLERYIdea design pintu pagar stainless dan kayu

VIEW IN GALLERYContoh pintu pagar dari kayu design minimalis

Baca juga : Hasil ubah suai rumah teres 2 tingkat

Apa pendapat anda? Suka design yang mana ya? Anda boleh lihat contoh-contoh lain di ruangan galeri pintu pagar rumah terkini di bawah. Klik pada gambar untuk resolusi yang lebih jelas. Jika ingin kongsikan kepada kami gambar pintu pagar rumah anda, silakan. Komen di bawah atau hantarkan gambar ke facebook kami di Hias Facebook Page

Subscribe to our Newsletter