3 Tahun Masa Yang Diambil Untuk Siapkan Dekorasi Rumah ~ Lihatlah Hasilnya

  • Rishdan
  • 14 Dec 2016
  •   Comments Off on 3 Tahun Masa Yang Diambil Untuk Siapkan Dekorasi Rumah ~ Lihatlah Hasilnya

Sudah menjadi impian setiap pasangan untuk memiliki rumah sendiri. Kerap berpindah rumah selepas kahwin boleh mendatangkan masalah sekiranya perabot rosak semasa berpindah. Masalah ini mendorong pasangan Puan Ibah Abdullah dan suaminya untuk memiliki rumah sendiri setelah berpindah sebanyak 4 kali sejak berkahwin pada tahun 2009 . Pada tahun 2013 impian pasangan ini untuk memiliki rumah sendiri termakbul.

Pada tahun 2014, Puan Ibah dan suaminya berpindah ke rumah mereka sendiri. Dan di sinilah beliau telah menggunakan hobi dan minat dalam seni hiasan dalaman untuk deko sendiri rumah beliau.

Seni dan kreativiti yang ada pada Puan Ibah digunakan sepenuhnya untuk menghias sendiri kediaman mereka sekeluarga. Disini kami bawakan idea dan kreativiti dari beliau.

Secara keseluruhannya, dekorasi ini dibuat secara berperingkat.

VIEW IN GALLERY

Setelah membeli rumah tersebut, Puan Ibah dan suaminya membeli barang-barang yang diperlukan untuk dekorasi rumah beliau sedikit demi sedikit dan gambar di bawah memberi gambaran sebenar proses dekorasi oleh pasangan ini.

Baca juga : Tips Miliki Kabinet Dapur Dengan Modal 1.5k Sahaja

VIEW IN GALLERY

Dengan menggunakan kemahiran dan kreativiti beliau dan pasangan telah memilih elemen bunga untuk dijadikan wallpaper pada dinding rumah mereka.

VIEW IN GALLERY

Gambar di bawah di ambil semasa dalam proses mengecat dinding ruang tamu. Warna lembut menjadi pilihan mereka yang disulam dengan bentuk bunga hasil seni kreatif Puan Ibah sendiri.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Tengoklah hasil kerja Puan Ibah dan suami selepas mula menginap di rumah ini pada tahun 2014 yang ketika cerita ini mula dikongsikan sedah hampir 3 tahun. Hasilnya cukup mengujakan.

VIEW IN GALLERY

Perabot moden menjadi pilihan Puan Ibah dan suami. Meja makan berwarna putih dipadankan dengan pemilihan karpet membuatkan ruang lebih menyerlah di samping penggunaan lampu pendant.

VIEW IN GALLERY

Puan Ibah juga kongsikan cara untuk menjimatkan kos. Hampir semua barangan hiasan di beli di Ikea atau Kaison. Ada juga barang yang dibeli dari mudah.my

VIEW IN GALLERY

Sikap suaminya yang sentiasa memberi sokongan kepada minat Puan Ibah menguatkan semangat untuk menyiapkan hasil kerja beliau.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Bilik master yang luas memberikan peluang untuk beliau menggunakan sepenuhnya ruang untuk dekorasi. Warna cerah dan gelap sebagai tema hiasan dinding kepala katil menjai pilihan.Katil berwarna putih membawa imej moden dan kontemporari di padankan dengan lampu malam di kedua sisi katil. Memang menarik.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Beralih ke ruangan dapur – kebanyakan barang yang digunakan dibeli dari ikea. Rumah Puan Ibah berkeluasan  20″ x 65″ dan memiliki 4 bilik tidur, 4 bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur basah, dapur kering dan 2 bilik stor.

VIEW IN GALLERY

Dalam gambar dapur di bawah ada yang di berli dari ikea. Cukup menarik dan kita dapat jimatkan kos.

VIEW IN GALLERY

Puan Ibah kini mengembangkan lagi bakat beliau untuk membantu sesiapa sahaja yang mempunyai minat dalam hiasan dalaman untuk mendapatkan barang murah dari ikea sebagai personal shopper.

Subscribe to our Newsletter