Konsep Klasik dan Moden Digabungkan Dalam Rekaan Rumah Teres ini Untuk Hasil Yang Superb

  • Rishdan
  • 29 Dec 2016
  •   Comments Off on Konsep Klasik dan Moden Digabungkan Dalam Rekaan Rumah Teres ini Untuk Hasil Yang Superb

Kami di hias.my amat kagum dengan sentuhan senibina pada rumah teres yang terletak di Subang Jaya, Selangor ini. Pandangan dari luar ia hanyalah rumah teres dua tingkat, tetapi selangkah masuk ke ruangan dalam sudah tentu perasaan “wow” itu datang dengan melihat sendiri hiasan dalaman rumah teres 2 tingkat ini.

Idea ubahsuai pada rumah putih ini di ilhamkan oleh Arkitek DCA: Design Collective Architects dengan menggabungkan konsep Klasik Inggeris dan Moden. Berkeluasan¬† 22′ √ó75′, rumah yang terletak di ss17 subang jaya, Selangor ini diubahsuai hampir 90% bermula dari bahagian dalam hingga ke bahagian luar. Hanya bahagian landskap dan pagar sahaja dikekalkan, hasilnya memang memukau.

VIEW IN GALLERY

Kos pembinaan rumah putih ini mencecah 650k termasuk perabot. Jangan terkejut dengan kos renovation yang begitu tinggi kerana pemilik rumah ini inginkan kualiti bahan yang digunakan dalam binaan pada setiap aksesori dalam rumah semuanya dari GRED A. Penggunaan warna putih “cream” dan kelabu halus dipadankan pada bahagian hadapan rumah yang membuatkan kediaman ini nampak lebih tenang dan kemas.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Untuk menjadikan ruang kelihatan lebih luas dan lebar, arkitek ini memilih konsep terbuka dalam setiap susun atur ruang dalaman di tingkat bawah dan atas. Tetapi, ada juga sebahagian ruang yang yang boleh dilaraskan tutup buka menggunakan alternatif pintu kaca sliding door seperti di bahagian dapur dan ruang makan. Semua ini mengikut keseselesaan pemilik rumah.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Ketinggian di ruang tamu pula dibuka sehingga nampak struktur bumbung yang berwarna putih ‘powder coated’ supaya menerima pencahayaan dan udara semula jadi lebih banyak ketika bersantai. Setiap permukaan dinding, kabinet dan struktur bumbung menggunakan 100% warna putih untuk mencapai konsep yang di inginkan.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Luar teres, dalam banglo. Memang awesome

Sumber : Barkathbuilders

Save

Subscribe to our Newsletter