Diy Cat Dinding Yang Kreatif ini Buat Ruang Makan anda Lebih Ceria dan Menarik

  • Rishdan
  • 06 Jan 2017
  •   Comments Off on Diy Cat Dinding Yang Kreatif ini Buat Ruang Makan anda Lebih Ceria dan Menarik
Diy cat dinding ruang makan yang kreatif dan cantik

DIY cat dinding – Do it yourself atau singkatan “DIY” kini semakin menjadi kegilaan ramai. Diy hiasan gantung, diy kabinet dapur dan pelbagai lagi. Dengan menggunakan kreativiti masing-masing, banyak idea menarik yang dihasilkan – membuatkan projek diy di rumah masing-masing menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan pada hujung minggu.

Projek DIY wallpaper menggunakan masking tape

Mungkin ada yang minat untuk belajar bagaimana cara membuat dinding “diy” yang mudah dan jimat. Untuk entri kali ini kami teruja untuk kongsikan kembali idea menarik dan praktikal yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook bagaimana beliau buat sendiri dinding diy ruang makan yang cukup menarik pada pandangan hias.my.  Projek dinding “diy”  ini dikongsikan di facebook yang mendapat komen positif dan ramai juga yang bertanyakan cara untuk membuat diy tersebut.

Baca juga : Diy kabinet dapur dengan harga 1.5k

VIEW IN GALLERYDiy cat dinding ruang makan sebelum

Berikut adalah tutorial cara buat Diy cat dinding kreatif dari beliau.

1. Search dalam internet mengenai diy wallpaper ni. Macam-macam kita akan jumpa. Dari situ akan ada banyak idea kita dapat (bentuk & warna). Anda boleh mula plan corak dan warna yang anda nak.

2. Cat dulu base dinding anda & keringkan. Macam saya, saya cat dengan warna krim.

3. Lekatkan masking tape randomly ikut kreativiti anda. Saya beli masking tape putih & kuning di kedai DIY. Sambil lekat, sambil tekankan kuat pada dinding guna pembaris atau kad bank. Akan ada petak-petak terhasil.

VIEW IN GALLERYDiy dinding ruang makan dicat dengan warna krim

Kalau boleh tampal masking tape di setiap atas, bawah, kiri & kanan dinding untuk buat ‘frame’. Nanti dinding jadi lebih kemas & cantik.

4. Cat petak-petak mengikut warna yang anda suka. Saya pakai baki cat yang ada.

VIEW IN GALLERYIdea diy cat dinding dengan masking tape

5. Cabut masking tape perlahan-lahan. Bekas masking tape adalah warna base yang anda cat mula-mula tadi (saya warna krim).

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERYIdea menarik diy wallpaper menggunakan cat warna warni

6. Kalau terkopek, jangan risau. Boleh touch up kemudian.

Hasil Diy Cat Dinding

VIEW IN GALLERYDiy cat dinding ruang makan yang kreatif dan cantik

VIEW IN GALLERYDiy cat dinding warna warni menarik ruang makan

*** Seeloknya dinding begini dibiarkan kosong. Sudah tidak perlu cermin, para-para atau frame. Tapi, depend pada anda. Ni pendapat peribadi saya.

Selamat mencuba!!!!

Kredit : facebook Pn Aida Kama

Pihak hias.my ada menghubungi Pn Aida dan dapatkan kebenaran menggunakan idea kreatif beliau untuk dijadikan kandungan untuk entri kali ini. Bukan saja kreatif, beliau juga seorang yang baik dan peramah. Terima kasih dari hias.my

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter