Diy Hiasan Dinding Menggunakan Papan Lapis Kek

Diy Hiasan Dinding Menarik Menggunakan Tile Sticker

Dalam ruangan diy kali ini kami teruja untuk kongsikan hasil kerja seorang pengguna facebook. Dengan menggunakan barang sedia ada seperti papan lapis kek, tiles sticker, tape binding warna hitam dan patafix Glue beliau berjaya menghasilkan diy hiasan dinding yang cukup awesome. Lihatlah hasil diy hiasan dinding beliau.

Bahan-bahan:
✍️ Papan lapis kek – yang ni memang sedia banyak kat dapur. Sayang nak buang.
✍️ Tiles sticker – RM 2.90 (ada 6 pcs satu pack)
✍️ Tape binding warna hitam (tak ingat harga pulak)
✍️ Patafix Glue (untuk lekatkan di dinding. Tak ingat harga juga)

VIEW IN GALLERYDiy Hiasan Dinding Dengan Papan Lapis Kek

Ni la papan kek yang banyak kat dapur. Asyik simpan, sebab sayang. Akhirnya hari ni Cik Kim korbankan untuk projek murahan ni. Cik Kim guna yang size 12 inci. Ngam-ngam je bila lekat sticker tu.

VIEW IN GALLERYTiles Sticker Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Hiasan Dinding

Ok, inilah tiles sticker tu. Ni beli di Kaison, RM2.90 satu pack. Ada 6 pcs dalam satu pack tu. Cik Kim suka, sebab design dia cantik. Ala-ala Arabian pun ada, Bohemian pun juga.

VIEW IN GALLERYDiy Hiasan Dinding Menarik Menggunakan Tile Sticker

Dah siap.
Tampal je atas papan kek tu & kat bahagian tepi kemaskan dengan binding tape warna hitam. Warna apa-apa pun boleh, ikut suka-suka hati. Yang penting buat ukuran dulu sebelum tampal tape, supaya frame nampak real & sama je setiap sisi.

VIEW IN GALLERYDiy Hiasan Dinding Yan Menarik Dengan Barang Terpakai

Tara… dah siap.
Cik Kim tampal guna double tape 3M.
Sebelum ni ada frame lain kat situ. Tapi cik Kim alihkan, letak kat bilik anak-anak pulak.
Sebenarnya Cik Kim lebih suka guna Patafix glue, sebab senang nak alihkan bila-bila masa.

Moga bermanfaat, untuk yang suka DIY & kaki deco.

Kredit : Nor Ashikim Mahmad Redzuan

Cantik dan jimat. Idea ini dapat membantu kita menghias dinding yang kosong tanpa perlukan bajet yang besar. Dan mungkin idea ini boleh menjadi projek hujung minggu anda bersama keluarga anda. Di samping dapat luangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh menjadikan dinding rumah lebih menarik dengan idea diy hiasan dinding ini. Kami juga mengalu-alukan jika anda ingin berkongsi idea-idea kreatif anda dengan kami. Sila hubungi kami di facebook kami atau di ruangan contact.

Save

Subscribe to our Newsletter