DIY – Idea Kreatif Untuk Jadikan Dapur anda Lebih Ceria

  • Rishdan
  • 01 Dec 2016
  •   Comments Off on DIY – Idea Kreatif Untuk Jadikan Dapur anda Lebih Ceria

Ubahsuai dapur memerlukan modal yang besar dan sebab itu lah ramai pemilik rumah di luar negara memilih untuk buat sendiri atau terkenal dengan term “DIY”. Kalau nak upah kontraktor untuk ubahsuai kesemua ruang dapur, siaplah wallet anda. Jadi fikirlah cara yang terbaik untuk kurangkan kos tetapi masih lagi dapat apa yang di anda inginkan. Kita mungkin boleh bermula dengan “projek backsplash dapur”, hias kabinet dapur dan banyak lagi. Teruskan membaca kalau anda nak tahu apa yang boleh anda buat untuk menceriakan lagi suasana dapur anda.

Backsplash

Mungkin anda boleh mula dengan backsplash. Hiasan dalaman dapur mengguanakan element backsplash bermula dari negara luar tetapi sudah semakin popular di Malaysia. Hasilnya yang menarik dan berguna untuk ruang dapur membuatan backsplash menjadi pilihan mereka yang sukakan inspirasi dan element yang ceria.

VIEW IN GALLERYhiasan dalaman dapur kitchen backsplash

Baca juga : 25+ Gambar Dekorasi Dapur Konsep Moden Terkini 2017

Gambar sebelum dan selepas di atas sebagai bukti dapur yang suram dengan menggunakan idea yang betul pun boleh jadi lebih menarik. Sumber abeautifulmess

Kabinet dapur

Antara pilihan yang terbaik untuk menjimatkan kos pada masa yang sama menyuntik stail dan wajah baru yang menarik dalam hiasan dalaman dapur adalah dengan mengecat semula kabinet dapur. Tapi sebelum proses mengecat, countertop hendaklah di tutup terlebih dahulu. Inspirasi di bawah adalah contoh bagaimana dengan hanya mengecat kabinet dapur dapat mencantikkan lagi ruang dapur.

VIEW IN GALLERYwarna kitchen cabinet yang sesuai untuk nampak lebih baru

Design kabinet dapur hijau atau emerald green
Kabinet dapur dengan warna Emerald green

Kemasan laci pada kabinet dapur

Untuk nampak lebih kemas, anda boleh menukar tombol pada laci kabinet dapur yang mungkin telah usang ataupun tercabut. Cuba lihat gambar di bawah, dengan menukar tombol laci kepada tembaga membuatkan kabinet dapur lebih menyerlah dan cantik berbanding sebelumnya.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman dapur sebelum dan selepas menukar tombol kitchen cabinet

Diharapkan perkongsian pertama ini dapat memberi inspirasi ke arah kreativiti. Anda boleh share kandungan ini kalau rasa berguna. Nak follow kami di fb pun boleh like kami di facebook.com/Hiasdotmy

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter