Anda Ada Almari Lama? Jangan Buang Dulu, Cuba Idea DIY Perabot Ini

  • Rishdan
  • 17 Apr 2017
  •   Comments Off on Anda Ada Almari Lama? Jangan Buang Dulu, Cuba Idea DIY Perabot Ini
diy perabot terpakai guna almari lama untuk hiasan ruang tamu

Jika anda ada almari lama yang mungkin sudah usang dan nak dibuang, Jangan buang Lagi!!. Kami akan kongsikan idea “diy makeover” perabot yang super kreatif boleh anda cuba. Idea ini adalah hasil kerja tangan seorang pengguna facebook, kredit kepada beliau.

Dengan menggunakan spray warna putih dan sedikit sticker wallpaper, hasilnya sangat cantik. kreatif dan boleh dijadikan inspirasi. Kami di hias sememangnya tertarik dengan sebarang idea makeover atau DIY perabot terpakai. Mana tak nya, dengan idea DIY, kita boleh hias rumah tanpa modal yang besar.

Kalau anda ada almari berlaci yang tersadai dalam stor belakang rumah, apa kata kita tukarkan ia kepada perabot yang lebih vogue dengan idea dari Puan Habib Bib ini.

Ini lah gambar almari sebelum di makeover. Dibeli Lebih kurang 12 tahun dulu dengan harga RM99 Sahaja. Perabot dulu memang tahan lama kan? Sudah 12 tahun tetapi masih elok dan boleh dipakai.

VIEW IN GALLERYIdea Diy makeover almari lama 1

Sayang nak buang, beliau ambil keputusan untuk cat balik almari tersebut dengan menggunakan spray putih.

VIEW IN GALLERYDiy almari lama kepada perabot baru
VIEW IN GALLERYDIY makeover perabot lama

Setelah selesai proses spray & cat pun kering, Sticker wallpaper dilekatkan. Menurut Puan Habib bib sticker ini di beli di Kaison dengan harga Rm26 sahaja untuk 10 meter.

VIEW IN GALLERYGuna sticker wallpaper untuk makeover almari diy ini

Hasilnya memang sangat cantik dan kreatif. Kalau nak beli baru di kedai perabot, mungkin harganya boleh buat kita termenung sekejap. Mungkin juga tak jumpa design yang macam ni?. Cantik dan dapat jimatkan bajet.

VIEW IN GALLERYdiy perabot terpakai guna almari lama untuk hiasan ruang tamu

Macam mana? Apa pendapat anda – cantik tak? Anda boleh cuba sendiri di rumah. Selongkar balik dalam stor mana tahu ada perabot lama yang boleh diguna balik.

Save

Subscribe to our Newsletter