Hiasan Dalaman Apartment Ini Pasti Membuat Anda Teruja

  • Rishdan
  • 03 Jan 2017
  •   Comments Off on Hiasan Dalaman Apartment Ini Pasti Membuat Anda Teruja
Hiasan dalaman ruang tamu ringkas rumah apartment

Ruang yang terhad selalunya membataskan impian seseorang itu untuk memiliki rumah yang dihiasi dengan dekorasi berkonsepkan moden dan kontemporari. Perkara yang sama juga dilalui Che Roshayati Che Nik, 37 dan suaminya, Aznan Abdul Aziz, 48.  Memiliki sebuah apartment di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan Selangor, pasangan ini sudah lama menanam minat dengan hiasan dalaman apartment konsep moden dan kontemporari untuk menghiasi kediaman mereka.

Pada bulan Mei 2016, impian pasangan ini tercapai apabila sentuhan moden dan kontemporari yang diilhamkan oleh pereka hiasan dalaman yang kian popular Lentera Creative Home menghiasi setiap sudut kediaman mereka. Pelaburan yang dibuat ternyata berbaloi apabila hasilnya boleh digambarkan sebagai sebuah kediaman yang unik dan penuh dengan gaya eksklusif.

Ruang makan dan ruang tamu di hias dengan dekorasi ringkas dan praktikal seiring dengan keinginan pemilik rumah.

Hiasan dalaman ruang tamu

Ruang tamu apartment ini dihiasi dengan kertas dinding bercorak geometri yang dilengkapkan dengan lukisan bunga tulip sememangnya memjadikan ruang lebih menarik. Warna utama iaitu kelabu, hitam dan ungu dipilih untuk menghiasi ruang tamu ini menjadikanya sesuai dengan konsep yang diimpikan. Pemilihan perabot elegan dan langsir kosong mengimbangi keseluruhan ruang kerana kertas dinding sudah mempunyai corak.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu ringkas rumah apartment

Kombinasi beberapa warna utama iaitu kelabu, ungu dan putih untuk ruang tamu dan ruang makan ini memberikan impak yang menarik. Ternyata berbaloi pasangan ini melabur duit untuk hasil yang sempurna di mata penulis ini.

Baca juga : Trend warna cat rumah 2017

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu apartment moden

Hiasan dalaman ruang makan

Set meja dan kerusi yang berada di ruang makan ini nampak ringkas tetapi eksklusif sememangnya sesuai dengan konsep moden dan kontemporari idaman mereka. Dengan memanipulasi ruang menggunakan cermin hiasan yang sememangnya menjadikan ruang nampak lebih luas disamping penggunaan kertas dinding corak ringkas menghiasi dinding menjaminkan suasan yang hebat.

VIEW IN GALLERYDekorasi ruang makan apartment yang bertemakan kelabu ungu dan hitam

Di sebelah ruang makan, meja konsul yang mengekalkan ciri-ciri moden putih diletakkan sebagai ruang untuk aksesori hiasan. Di sebelah pintu masuk, sebuah meja berlaci moden berwarna putih dan “mulitpurpose” diletakkan sebagai perabot hiasan yang mempunyai fungsi.

VIEW IN GALLERY

Gembira dan puas hati dengan hasil sentuhan idea pereka dalaman itu jelas tergambar pada wajah Che Roshayati dalam gambar di atas. Beliau menyatakan “Biar tidak sebesar mana, cukup sekadar menampilkan suasana selesa dan eksklusif. Asalkan masih dalam konsep moden serta kontemporari”.

Kredit : Lentera Creative @ Facebook Amran bin Azahar.

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter