10 Hiasan Dalaman Dapur Ala Inggeris Terbaik Sebagai Inspirasi Anda

  • Rishdan
  • 12 Jan 2017
  •   Comments Off on 10 Hiasan Dalaman Dapur Ala Inggeris Terbaik Sebagai Inspirasi Anda
Countertop dan backsplash batu berkilat buat dapur nampak lebih bergaya

Setiap pemilik rumah ada citarasa dan minat yang tersendiri. Kalau anda masih tercari-cari konsep dapur yang sesuai dengan citarasa anda, entri ini mungkin berguna. Dalam entri sebelum ini, kami telah bawakan kepada anda beberapa contoh hiasan dapur moden yang mungkin sesuai dengan citarasa kini. Hari ini kami tertarik untuk bawakan kepada pembaca hias.my koleksi hiasan dalaman dapur ala Inggeris yang terbaik pada pandangan kami – Mungkin juga anda.

Kalau anda sudah sedia untuk menghias dapur anda tetapi masih tercari-cari konsep, apa kata anda cuba hiasan dalaman ala inggeris ini. Untuk itu, kami telah kumpul beberapa contoh hiasan dalaman dapur ala inggeris – dari yang simple ke design yang lebih kompleks – diharapkan dapat dijadikan inspirasi.

VIEW IN GALLERYDapur kelabu dengan lantai kayuSebagia pembuka bicara – gambar di atas adalah contoh dapur ala Inggeris yang menggunakan lantai kayu dengan sentuhan marmar hitam. Kalau ada yang suka design ini, boleh jadikannya sebagai rujukan.

Baca juga : 15 Idea Table Top dan Kabinet Dapur Terbaik

VIEW IN GALLERYDapur mewah ala inggeris dengan konsep minimalis yang sangat bergayaKepada pencinta konsep minimalis – Dapur minimalis Inggeris ini mungkin menjadi idaman dengan gabungan reka  bentuk canggih yang mewah dan mengekalkan fungsi seperti menjimatkan ruang dengan adanya storage. Design dapur ini dihasilkan oleh Michele Marcon Design.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman dapur ala inggeris dengan Countertop dan backsplash batu berkilat buat dapur nampak lebih bergayaInspirasi dekorasi awal 90 an yang digabungkan dengan design moden ringkas dan anggun, kemasan berkilat menjadi design yang mengimbau kenangan. Design ini membawa kita kepada kehalusan hiasan dalaman zaman dahulu yang diberi sentuhan moden.

VIEW IN GALLERYGabungan aksesori logam menjadi trend hot dalam hiasan dalaman dapur terkiniPopular dan hot pada hujung tahun 2015 dan  awal 2016, hiasan dalaman dapur ala Inggeris yang menggunakan aksesori logam ini masih lagi menjadi pilihan. Selain itu juga, dengan menggayakan lantai kayu dan marmar pada tabletop, design dapur ini memang sesuai untuk pencinta “vintage”.

VIEW IN GALLERYGabungan citarasa moden dan vitage dalam hiasan dalaman dapurFesyen dan rekabentuk sangat cepat berubah – Pada kebiasaannya, trend rekabentuk akan sentiasa mengalami pembaharuan dari semasa ke semasa. Yang lama akan jadi baru, dan sebaliknya. Ini menunjukkan manusia cepat bosan dengan design dan suasana yang sama. Tidak hairanlah hari ini kita lihat banyak trend yang kembali kepada retro, vintage dan seni. Sumber

VIEW IN GALLERYGabungan bijak konsep kontemporari dengan dinding bata menjadikan dapur ini nampak gahMungkin bagi sesetengah individu melihat dinding tanpa plaster sebagai tidak kemas atau sudah ketinggalan zaman. Tanpa sedar, ruang dinding tanpa plaster ini menjadi titik focus yang sangat menarik dalam gabungan konsep kontemporari moden ini. Dengan adanya lampu dan “island” yang kontemporari, lihatlah hasilnya yang cantik.

VIEW IN GALLERYUnggun api menjadi penarik dalam hiasan dalaman dapur rumah di New York iniSesuai dengan cuaca mereka, unggun api menjadi salah satu idea dekorasi yang menarik dalam dapur. Idea ini mungkin sesuai di tempat yang sejuk contohnya Cameron Highland atau Genting highland jika di malaysia?. Kalau ianya homestay dah confirm ramai yang nak sewa.

VIEW IN GALLERYDesign dapur ala inggeris dengan tema putih dan lantai kayuSangat kemas design dan dekorasi dapur ala Inggeris di atas. Penggunaan warna putih yang sentiasa sesuai tidak kira zaman amat sesuai di gayakan dengan lantai kayu dan “island”.

VIEW IN GALLERYDapur moden Inggeris dengan tema putihKami harap entri kali ini dapat memberi inspirasi dan idea hiasan dalaman dapur ala Inggeris jika anda meminatinya. Sila like page kami di fb.com/hiasdotmy untuk sebarang update terbaru yang kami kumpulkan untuk anda. Selamat berdekor.

Subscribe to our Newsletter