16 Idea Ruang Tamu Ungu Ini Khas Untuk Peminat Ungu

  • Rishdan
  • 05 Mar 2017
  •   Comments Off on 16 Idea Ruang Tamu Ungu Ini Khas Untuk Peminat Ungu
Hiasan dalaman ruang tamu warna ungu pada dinding dengan sofa moden putih

Jika anda adalah salah seorang peminat warna ungu, kandungan ini sesuai untuk anda. Ruang tamu warna ungu agak jarang kita lihat. Namun di sebalik pemilihan warna ungu sebenarnya anda secara tidak langsung menjadikan ruang tamu anda memiliki aura romantis,lembut dan ceria. Selain itu, ruang tamu ungu juga mampu menampilkan suasana moden dan bergaya jika digabungkan dengan pemilihan perabot yang tepat dan sesuai.

Baca juga – Idea dan trend warna cat rumah 2017

VIEW IN GALLERYGabungan warna ruang tamu ungu dan putih moden

Ruang tamu warna ungu sebagai inspirasi

Ungu adalah hue antara warna biru dan merah serta beberapa variasi warna violet. Sama ada ungu atau violet, warna ini cukup untuk memberi inspirasi kepada anda. Untuk itu, dalam ruangan hiasan dalaman ruang tamu kali ini kami tampilkan kepada anda beberapa idea ruang tamu warna ungu sebagai panduan untuk anda. Idea-idea ini bukan saja memberikan inspirasi kepada kami – tetapi telah mencuri minat kami kerana kecantikan warna yang sentiasa segar, ceria & juga membawa mood positif apabila digabungkan dengan dekorasi yang tepat. Cuba lihat sendiri 16 ruang tamu ungu ini dan kongsikan pendapat anda dengan kami.

VIEW IN GALLERYIdea ruang tamu ungu dengan gabungan perabot moden putih menjadikan ruang lebih eksklusif

VIEW IN GALLERYRuang tamu warna ungu dengan gaya elegan

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu dengan tema ungu - kabinet tv tu memang cantik
kredit : Nordahiyah Hassan

VIEW IN GALLERYIdea hebat menggunakan warna ungu untuk ruang tamu yang lebih menarik dan moden

VIEW IN GALLERYRuang tamu warna tema purple dengan perabot sofa kuning

VIEW IN GALLERYGabungan warna ungu dan krim lembut serta sofa kelabu untuk ruang tamu nampak lebih gah

Dekorasi ruang tamu ungu tidak terhad pada dinding

Hiasan dalaman ruang tamu menggunakan warna ungu tidak terhad hanya pada warna cat dinding. Anda juga boleh menggunakan perabot ungu seperti set sofa, kusyen kerusi dan aksesori lain – istilah yang selalu digunakan ialah menggunakan “pop” warna. Contoh, anda boleh lihat gambar di bawah ; dengan sedikit warna ungu pada sofa menjadikan ruang lebih menyerlah.

Artikel berkaitan :  12 Idea dekorasi ruang tamu warna Pastel

VIEW IN GALLERYAnda juga boleh gunakan warna purple untuk perabot - pop warna ungu

VIEW IN GALLERYMenggunakan pop warna ungu dengan memadankan set sofa ungu dengan dinding ruang tamu lembut

Agak-agak siapa yang tidak terpegun dengan dekorasi ruang tamu ungu ini? Warna yang digunakan cukup seimbang dengan konsep ungu yang agak ringkas tetapi sangat menarik. Cuba bayangkan kalau ini adalah ruang tamu rumah anda, pasti ini menjadi ruang kegemaran untuk bersantai sambil duduk berbual dengan keluarga.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu warna ungu pada dinding dengan sofa moden putih

Dinding gelap dan set sofa ungu ini di imbangi dengan karpet putih yang menjadikan ruang nampak bergaya. Rak buku yang diperbuat daripada kayu pula mengambil bahagian di tengah susunan sofa. Susunan yang sangat teratur – cuba bayangkan tetamu yang sedang menunggu dengan mudah mencapai buku yang tersusun di atas rak. Hiasan dalaman yang menawarkan fungsi yang tepat dan menjimatkan ruang.

VIEW IN GALLERYKombinasi warna ungu dengan warna lain dalam ruang tamu moden

VIEW IN GALLERYKombinasi warna ungu ruang tamu untuk ruang yang elegan

VIEW IN GALLERYPop warna ungu hanya pada sofa dan karpet

Untuk ruang tamu di bawah, pemilihan perabot ungu menjadikan ruang tamu ini nampak menarik & menyerlah. Dinding kelabu diselang seli dengan garis ungu & meja kopi putih juga menjadikan ruang nampak lebih lengkap.

VIEW IN GALLERYRuang tamu dengan perabot berwarna ungu dan lavender

VIEW IN GALLERYRuang tamu moden warna ungu digabungkan dengan warna putih

VIEW IN GALLERYSofa putih mewah dengan pop warna ungu hiasan ruang tamu moden minimalis

Apa pendapat anda? Kalau anda suka warna ungu & ingin kongsi idea atau hasil dekorasi ruang tamu ungu anda, boleh hubungi kami di facebook.com/hiasdotmy

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter