10 Hotel Mewah Terbaik di Switzerland Sebagai Lokasi Bulan Madu

  • Rishdan
  • 13 Dec 2016
  •   Comments Off on 10 Hotel Mewah Terbaik di Switzerland Sebagai Lokasi Bulan Madu

Mewah, menawan, suasana romantik,indah dan memang susah digambarkan – Switzerland merupakan destinasi pelancongan yang sangat menjadi impian mereka yang suka travel dan explore tempat baru. Tidak dapat dipertikaikan lagi Switzerland menjadi lokasi yang mempunyai aura tersendiri sebagai lokasi berbulan madu. Dengan dikelilingi gunung, trek ski terbaik dunia yang menggambarkan kesempurnaan, Switzerland akan dipenuhi dengan pelancong dari serata dunia setiap kali Musim Becuti saban tahun. Sama ada anda dalam percutian romantik, percutian sekali seumur hidup bersama keluarga ataupun kembara mengelilingi dunia bersama kawan-kawan, tempat-tempat dan alunan muzik yang menarik serta aroma coklat yang menyengat di Switzerland mampu meninggalkan kenangan yang paling indah buat anda.

Sempena musim cuti ini kami ingin membawa minda anda menjelajah ke 25 hotel dan spa mewah terbaik di Switzerland malah ianya akan memberi anda panduan bagi merancang percutian idaman.

Bermula dengan Geneva.

Hotel mewah terbaik di Geneva

1. Les Armures

VIEW IN GALLERYLes Armures Hotel Di Geneva

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Geneva sememangnya destinasi yang kaya dengan hotel dan spa yang mewah dan menjanjikan satu percutian yang mengujakan di Switzerland. Berbeza dengan kebanyakan hotel yang menjanjikan rekabentuk moden dan mewah, Hotel Les Armures yand mengekalkan ciri-ciri lama abad ke 17. Penginapan di Hotel Les Armures sememangnya menjanjikan pengalaman yang berbeza. Dengan mengekalkan seni bina asal tidak hairanlah hotel ini pernah menjadi destinasi pilihan individu ternama seperti legenda bola sepak Pele.

Kepada mereka yang ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

2. Hotel Beau Rivage

Dengan jarak yang tidak berapa jauh dari pantai, pemandangan di Hotel Beau Rivage Geneva ini cukup memukau. Berjalan dalam suasana dan pemandangan yang damai pasti membuatkan percutian anda lebih bermakna sambil melihat keindahan gunung Mont Blanc. Pencinta keindahan senibina pula sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk melihat sendiri senibina dan hiasan dalaman oleh arkitek British Leila Corbett Elwes.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kepada mereka yang ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

3. Four Seasons Hotel des Bergues, Geneva

Four Seasons Hotel des Bergues merupakan hotel mewah pertama di bandar ini dan menjadi destinasi pilihan terbaik di Geneva dari tahun 1834. Hotel lima-bintang ini terletak berhampiran dengan tasik Geneva dan berdekatan dengan bandar lama, tempat makan terkenal dan juga spa. Hasil kreativiti pereka hiasan dalaman terkenal Pierre-Yves Rochon yang menggabungkan dunia lama dengan sentuhan kontemporari di dalam Hotel Four Seasons ini.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kalau anda ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

4. Grand Hotel Kempinski

Melangkah masuk ke dalam Grand Hotel Kempinski, Geneva, sudah semestinya memukau pandangan dan hati anda dengan rekaan mewah. Pemandangan tasik dan juga gunung yang boleh dilihat terus dari dalam hotel cukup memukau setiap pengunjung.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kalau anda ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

5. La Reserve Geneva – Hotel and Spa

Terletak di lokasi seluas 10 ekar, hotel mewah berstatus 5-bintang ini pasti menjanjikan pengalaman bercuti yang mengujakan.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

6. Mandarin Oriental

Tempat penginapan untuk percutian impian seterusnya adalah Mandarin Oriental yang terletak dalam Geneva dan berada di atas Sungai Rhone. Ianya menampilkan konsep dalaman moden yang memukau. Mandarin Oriental adalah antara hotel 5-bintang yang menyajikan variasi hidangan dari yang berkonsepkan Itali sehinggalah India. Taman hijau yang subur yang terletak di sebelah sungai menjadikan ianya hotel yang sungguh nyaman dan tenang. Malah, suasana sebegitu membolehkan sesiapa sahaja untuk menjelajah Geneva dengan mudah.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kalau anda ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

Hotel dan Spa Terbaik di Zurich

7. Grand Hotel Les Trois Rois

Terletak berdekatan dengan sungai Rhine, hotel mewah yang juga merupakan hotel tertua di Eropah yang kaya dengan sejarahnya tersendiri pasti memberikan pengalaman yang mengujakan. Suasana malam dihidupkan lagi dengan cahaya lampu dan juga pantulan cahaya terhasil dari sungai Rhine.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kalau anda ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

8. The Dolder Grand

Hotel Dolder Grand ini asalnya direka pada tahun 1897 oleh arkitek yang berasal dari Basel Jacques Gros. Pada tahun 2000 ubahsuai dijalankan dan diberi wajah baru yang indah oleh Arkitek Foster dan partners yang berpangkalan di London. Spa yang luas, pemandangan yang memukau, bilik yang mewah menjadikannya salah satu hotel terbaik yang patut anda cuba.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kalau anda ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

Hotel Mewah di Zermatt and Gstaad

9. Hotel Matterhorn Focus

Dari Geneva dan Bern, seterusnya saya ingin bawakan pemandangan anda ke rantau Alpine di Zermatt Hotel Matterhorn Focus yang merupakan tempat percutian yang tenang dan menjanjikan pemandangan yang tidak dapat ditandingi.Cerun yang dilitupi salji di sekitar hotel mewah ini menambah lagi mood romantik kepada anda.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kalau anda ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

10. Alpina Gstaad

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kami akhiri review hotel-hotel yang menarik di Switzerland dengan Hotel Alpina Gstaad. Reka bentuk dan senibina yang unik di sulam dengan hiasan dalaman yang selesa dan mewah menjadikan Hotel Alpina Gstaad mengekalkan reputasinya sebagai hotel 5 bintang yang sukar ditandingi. Percutian pada musim salji pasti mengujakan anda.

Kalau anda ingin singgah di hotel ini sebagai destinasi honeymoon boleh intai harga semasa di  : Booking.com

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter