Idea Corak Tiles atau Mozek Untuk Lantai Bilik Air

  • Rishdan
  • 11 Feb 2017
  •   Comments Off on Idea Corak Tiles atau Mozek Untuk Lantai Bilik Air
Corak mozek bilik air basket weaves

Ada sebab yang tersendiri mengapa selalunya tile atau mozek menjadi pilihan sebagai lantai bilik air. Selain tahan lama dan senang untuk di cuci, mozek juga dapat memberi cahaya pada ruang. Mozek juga adalah cara terbaik untuk membuat ruang nampak berseri dengan corak-corak yang menarik. Kepada yang tengah pening kepala untuk memilih corak tiles yang sesuai, boleh intai contoh-contoh idea yang akan kami bawakan dalam senarai kali ini. Kata orang, kalau kita ingin kenal peribadi seseorang, jangan lihat pada ruang tamu tapi lihat pada bilik air rumahnya.

Walaupun pemasangan mozek lebih mahal daripada hanya mengecat dinding, tapi anda ada pilihan untuk minimakan kos bergantung pada bajet anda. Kalau mampu anda boleh pasang mozek bermula dari lantai sampai ke dinding. Dan sudah tentu kita boleh gabungkan jenis-jenis mozek yang berlainan contohnya lantai dengan warna lain dan dinding pula dengan warna lain. Kalau bajet cukup hanya untuk lantai, terpulang.

Baca juga : 15 Idea Dekorasi Bilik Air Bertaraf 5 Bintang

Mari kita lihat corak bagaimana yang menjadi idaman anda. Berikut kami bawakan pada anda beberapa jenis dan style corak mozek yang patut anda cuba.

Corak tiles 1 – Running Bond

Corak yang paling asas dalam pemasangan mozek. Sambungan mozek dilakukan di bahagian tengah jubin untuk membentuk akhir sambungan tidak sekata. Cuba lihat gambar di bawah

VIEW IN GALLERYSusunan mozek gaya running bond untuk idea tile bilik air

Corak tiles 2  – Herringbone

Corak Herringbone adalah susunan segiempat tepat mengikut alur tulang ikan herring. Kebiasaannya nisbah panjang blok adalah 2 : 1, 3: 1.

VIEW IN GALLERYCorak mozek lantai bilik air herringbone

Corak tiles 3 – Diagonal

Susunan mozek secara diagonal amat sesuai untuk ruang kecil. Sama seperti corak Running Bond, corak ini dimulakan pada sudut 45 darjah condong. Ini menjadikan persegi jubin atau kayu berbentuk berlian seperti gambar di bawah.

VIEW IN GALLERYCorak mozek bilik air diagonal

Corak tiles 4 – Basket Weaves

Corak ini adalah inspirasi dari corak anyaman bakul. Sama seperti herringbone, corak ini menggunakan mozek berbentuk segi empat tepat dan mudah untuk dipasang. Anda boleh guna corak ini untuk cetusan gaya klasik era 1900-an dan cukup sesuai dipadan bersama jubin batu seperti marmar.

VIEW IN GALLERYCorak mozek bilik air basket weaves

Corak tiles 5. Windmill

Corak ini adalah idea daripada pergerakan bilah kincir angin. Corak windmill dibentuk dengan menyusun 4 jubin segi empat sama untuk membentuk bentuk persegi yang besar diakhiri 1 jubin persegi kecil di tengah-tengah. Corak ini selalunya digunakan di bilik mandi dan dapur. Cuba lihat idea di bawah.

VIEW IN GALLERYcorak tradisional mozek bilik air bentuk windmill

Corak tiles 6. Versailles

Corak versailles membuatkan bilik air lebih elegan dan anggun. Biasanya corak ini menggabungkan 4 saiz jubin berbeza; 8″ x 8″, 8″ x 16″, 16″ x 16″, dan 16″x 24″.

VIEW IN GALLERYCorak mozek dan jubin lantai gaya Versailles

Corak tiles 7. Pinwheel

Nama lain untuk corak pinwheel ialah hopscotch yang seakan-akan bentuk windmill. Untuk menghasilkan corak ini anda perlukan jubin yang bersaiz lebih besar untuk mengelilingi jubin yang lebih kecil.

VIEW IN GALLERYCorak mozek lantai bilik air Pinwheel

Sumber : google

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter