Cuba 10 Idea Dapur Warna Warni Ini Untuk Ruang Dapur Yang Lebih Ceria

  • Rishdan
  • 01 Jun 2017
  •   Comments Off on Cuba 10 Idea Dapur Warna Warni Ini Untuk Ruang Dapur Yang Lebih Ceria
Dekorasi dapur dengan warna tema kuning mustard

Kebanyakan hiasan dalaman dapur kini lebih ke arah menggunakan warna putih dan lembut. Kepada yang suka akan sesuatu yang unik, kami ingin kongsikan dapur yang menggunakan gabungan warna ceria sebagai inspirasi anda. Teruskan membaca entri ini kerana akan ada satu idea yang anda suka. Percayalah.

Cuba lihat satu per satu idea yang akan kami bawakan ini.

1. Dapur dengan warna merah terang

VIEW IN GALLERYDekorasi dapur merah terang

Dapur yang berkonsep terbuka ini cukup menarik perhatian, dengan warna merah terang pada dinding yang dipadankan dengan 3 biji lampu merah. Untuk mengimbangi ruang, elemen kayu digunakan sebagai rak. Anda boleh lihat Historias De Casa untuk lebih gambaran. Lampu merah boleh dibeli di Lazda.

2. Dapur kecil dengan jalur warna-warni

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman dapur kecil dengan tirai warna warni

Kecil buka sebarang kecil – dapur ini dihias cantik dengan gabungan pelbagai warna, dari warna pink ke biru hinggalah hijau dan pelbagai warna lagi. Idea bijak yang boleh ditiru, dengan menggunakan kain warna warni sebagai tirai kabinet dapur secara tidak langsung 2 kelebihan yang anda dapat. Bertindak sebagai pengganti pintu kabinet dapur & juga memberikan pop warna. Nak lebih detail boleh baca My Paradissi.

3. Hiasan dalaman dapur dengan tema kuning mustard

VIEW IN GALLERYDekorasi dapur dengan warna tema kuning mustardDapur yang agak unik ini menggandingkan kabinet kayu dengan rak warna kuning mustard terang. Begitu juga dengan meja laci kabinet dapur yang diwarnai dengan kuning mustard sebagai “POP warna”. Sememangnya mencuri pandangan mata & jadi tumpuan bukan?. Dinding pula dihiasi dengan tile bercorak yang bertindak sebagai “backsplash”. Rujuk sini untuk gambar penuh.

4. Pingan mangkuk warna warni.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman dapur dengan warna pelangi

Biasanya bila kita ke dapur akan nampak pinggan mangkuk putih. Tapi sebaliknya untuk dapur unik ini yang dipenuhi dengan pelbagai warna pinggan, mangkuk, gelas & barang-barang lain. Ibarat pelangi. Walaupun sarat dengan pelbagai warna, dekorasi ini tidak nampak serabut malah sangat menarik. Berminat untuk cuba idea pelangi ini? Boleh rujuk at home in love. Jika anda berminat untuk dapatkan pinggan mangkuk atau peralatan dapur lain untuk dekorasi, boleh cuba intai-intai di Lazada.

5. Kuning Mustard + Hijau Aksen

VIEW IN GALLERYDekorasi dapur dengan tema kuning mustard dan hijauDapur ini dihias dengan konsep kontemporari yang menggunakan banyak elemen semula jadi untuk mengimbangi warna terang dari “tabletop”. Permukaan meja makan yang diwarnai dengan kuning mustard, manakala papan di belakang berwarna hijau. Kredit : historiasdecasa

6. Tile dinding bercorak

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman dapur dengan dinding tile bercorak

Jika anda bosan dengan dekor dapur sekarang, boleh cuba tiru idea ini. Dengan tile biru yang menyerlah di pasang pada dinding, digabungkan dengan kabinet dapur putih serta kerusi pink di mini bar. Ada yang nak tiru idea ini boleh semak idea yang bagus ni.

7. Kabinet dapur hijau

VIEW IN GALLERYKabinet dapur warna warni dengan tema hijau lembutJika bosan dengan warna-warna biasa pada kabinet dapur, anda boleh cuba sesuatu yang unik.Dekorasi dapur ini dengan kabinet dapur warna hijau serta backsplash berwarna- warni nampak unik dan lari dari kebiasaan. Namun anda perlu berani bermain dengan warna terang seperti ini. Kombinasi warna aksesori dapur juga perlu sesuai.

8. Kerusi pelbagai warna

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman dapur moden dengan kerusi pelbagai warna di mini barHiasan dalaman dapur moden yang bertemakan putih ini menampilkan 1 set kerusi dengan pelbagai warna yang menjadikan suasana nampak berbeza dengan keceriaan yang terhasil. Kepada peminat mini bar yang suka akan keceriaan ruang dapur, boleh cuba idea ini. Dengan sedikit perubahan mampu hasilkan impak yang besar.

9. Bangkitkan kesegaran dengan kabinet ‘mint-green’

VIEW IN GALLERYdapur tema mint green dan unguKabinet dapur dengan kemasan ‘mint-green’ ini memberikan kesegaran kepada ruang dapur, manakala gabungan pink dan purple pada karpet sebagai pelengkap. Bukan itu saja, kalendar oren pun boleh menjadi gabungan dekorasi pada ruang dapur ini.

10. Dapur warna-warni

VIEW IN GALLERYDapur tradisional dengan gabungan hijau dan merah
Sentuhan tradisional pada dapur ini yang membawakan pelbagai variasi warna terang serta gabungan meja “island” merah menjadikan ia ruang yang unik. Untuk gambaran yang lebih jelas boleh rujuk better Better Homes and Gardens.

Subscribe to our Newsletter