15 Idea Dekorasi Ruang Tamu Terkini Untuk Jimat Ruang

  • Rishdan
  • 07 Feb 2017
  •   Comments Off on 15 Idea Dekorasi Ruang Tamu Terkini Untuk Jimat Ruang
Tukar kepada kabinet rendah dan kabinet dinding

Dekorasi pada masa kini lebih menjurus kepada gaya kontemporari dan moden yang menekankan aspek penggunaan ruang secara maksima yang mungkin.Setiap inci ruang adalah sangat penting untuk digunakan. Tetapi, adakah senang untuk kita menggunakan ruang dengan semaksima yang mungkin seperti yang kita kata?. Ini menjadi masalah utama kalau kita tidak merangcang secara menyeluruh. Pemilihan rekabentuk dan hiasan yang tidak sesuai menyukarkan kita untuk mencapai matlamat tadi. Jangan risau, masalah ini mampu diatasiĀ  dengan menilai kembali barang atau perabot mana yang membuatkan ruang nampak serabut. Perabot yang menawarkan ruang “storage” yang banyak dan berfungsi perlu diberi keutamaan. Pada masa yang sama perabot harus mesra ruang; cuba lihat apa yang kami kumpul untuk anda dalam senarai 15 idea dekorasi ruang tamu terkini dan hangat buat masa ini.

VIEW IN GALLERYTukar kepada kabinet rendah dan kabinet dinding

Kami cuba cari idea yang terkini dan juga unik sebagai rujukan anda. Mula dengan kabinet rendah, dan kabinet yang dilekat di dinding adalah praktikal.

Trend hiasan dalaman ruang tamu terkini menggunakan kayu

Permulaan 2017 dimulai dengan pelbagai andaian trend penggunaan warna dari pandangan profesional dalam pereka dalaman. Seperti yang kami bawakan sebelum ini dalam artikel 3 trend warna cat terkini, profesional berpendapat warna variasi hijau, beige & variasi biru akan menjadi pilihan. Begitu juga dengan penggunaan kayu. Kalau anda perasan dekorasi menggunakan kayu kembali diminati. Tidak kira samada konsep ruang tamu anda kontemporari atau gaya kampung, kayu semakin mendapat tempat dalam setiap rumah hari ini tidak kira sebagai kabinet tv atau rak dinding. Ruang tamu menggunakan perabot kayu membuatkan rumah anda nampak moden dengan ciri-ciri tradisional.

Baca juga : Hiasan Dalaman Bilik Tidur Dengan Dinding Papan

VIEW IN GALLERYPerabot kayu dengan fungsi jimat ruang

VIEW IN GALLERYRak terbuka sebagai rak buku dan ruang simpan barang

VIEW IN GALLERYRak hiasan terbuka dengan kabinet tertutup untuk penstoran dan hiasan

VIEW IN GALLERYTrend kabinet tv berkilat kini beralih kepada kayu yang lebih berunsur alam

VIEW IN GALLERYKabinet dan rak tv kayu jimat ruang inspirasi Hartmann

VIEW IN GALLERYUnsur tradisional dan moden buat rak terbuka dan cabinet tertutup ini unik

VIEW IN GALLERYHiasan dinding dan ruang susun barang yang cantik dan praktikal

VIEW IN GALLERYRak hiasan dinding modular warna-warni

VIEW IN GALLERYRak kayu yang dilekatkan di dinding ruang tamu dengan gaya kontemporari

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu dengan dinding dan siling kayu

VIEW IN GALLERYUnit storan bijak untuk dekorasi di ruang lorong

VIEW IN GALLERYIdea hiasan dalaman ruang tamu kecil dengan kabinet jimat ruang

VIEW IN GALLERYRak buku kontemporari untuk ruang pejabat di rumah

VIEW IN GALLERYKabinet dengan laci warna warni menceriakan ruang

sumber : google

Save

Save

Subscribe to our Newsletter