20 Idea Perabot Bilik Tidur Menggunakan Pallet

Buat sendiri perabot bilik tidur dengan pallet rekaan katil dan meja sisi

Pallet telah wujud selama bertahun-tahun dan kebanyakannya digunakan untuk menyimpan, pembungkusan dan penghantaran pelbagai jenis barang. Kalau dulu kita selalu lihat longgokan pallet kayu di mana – mana. Tapi kini kayu pallet terkenal bukan sahaja untuk menyimpan barang, tetapi juga untuk DIY. Ia telah menjadi satu topik hangat tentang DIY dan orang yang berjiwa kreatif telah hasilkan pelbagai jenis rekaan perabot rumah pallet yang bukan saja cantik malah berguna dalam kehidupan seharian. Sesuai dengan topik, kali ini kami bawakan 22 idea perabot bilik tidur menggunakan pallet sebagai inspirasi.

Perabot Bilik Tidur Pallet

Dengan menggunakan pallet sebagai perabot, pertama sekali kita menyokong kitar semula. Kedua, ianya sangat menjimatkan. Kita boleh beli pallet dengan harga yang murah di kedai berdekatan. Ketiga, bergantung pada kreativiti anda, hasilnya sangat cantik dan bergaya.

VIEW IN GALLERYKatil pallet dengan ruang storage

VIEW IN GALLERYDiy katil pallet dengan lampu sebagai perabot bilik tidur

VIEW IN GALLERYIdea kreatif diy perabot bilik tidur menggunakan pallet

VIEW IN GALLERYDiy perabot bilik tidur bangku menggunakan pallet

VIEW IN GALLERYDiy rak tv pallet perabot bilik tidur

VIEW IN GALLERYDiy perabot bilik tidur katil dari pallet dengan hiasan lampu

VIEW IN GALLERYGabungan kayu, warna putih dan semulajadi menjadikan dekorasi bilik Scandinavian ini sempurna

VIEW IN GALLERYHiasan bilik tidur menggunakan perabot pallet

VIEW IN GALLERYPerabot pallet yang di cat putih nampak lebih mewah dan bergaya

Katil bayi menggunakan kayu pallet

Si comel anda pun layak untuk merasai tidur yang lena di atas katil yang direka dari pallet ini. Bukan saja unik, tetapi ianya sangat berguna. Kalau la si comel ini sudah mampu ingat, mungkin inilah saat yang paling bermakna.

VIEW IN GALLERYTempat tidur bayi bentuk bulan dari perabot pallet

VIEW IN GALLERYKatil bayi daripada dari kayu pallet

Kita boleh kitar semula kayu pallet dengan pelbagai cara yang berbeza, bergantung kepada apa yang kita cuba hasilkan. Tidak terhad pada sebuah katil sahaja sebagai perabot bilik tidur, anda juga boleh reka meja sisi sepadan katil pallet tadi. Dengan menggunakan dua palet disusun anda juga secara tidak langsung memberi ruang penyimpanan berguna untuk katil.

VIEW IN GALLERYBuat sendiri perabot bilik tidur dengan pallet rekaan katil dan meja sisi

VIEW IN GALLERYBuat sendiri bangku guna pallet

Elok jika dipadankan dengan kerusi atau bangku dari pallet juga, meja kopi ini sangat berguna sebagai perabot bilik tidur. Berbual bersama pasangan sambil minum segelas teh, memang mengasyikkan.

VIEW IN GALLERYMeja kopi dari pallet dengan roda dan tempat rak buku

VIEW IN GALLERYIdea meja kopi sebagai perabot bilik tidur pallet

VIEW IN GALLERYMeja kopi pallet yang ringkas dan menarik

VIEW IN GALLERYDiy meja kopi pallet dengan kemasan hitam yang sempurna nampak moden

Diy rak buku dari kayu pallet

Tidak perlu belanja besar untuk beli rak buku yang mahal. Gunakan kreativiti untuk hasilkan sendiri perabot bilik tidur berasaskan kayu pallet ini lebih menguntunhkan. Hasilnya sungguh mengujakan

VIEW IN GALLERYDiy rak buku pallet sebagai perabot bilik tidur

VIEW IN GALLERYRak dinding pallet dengan rekaan mudah tapi cantik

Frame gambar

Walaupun nampak biasa pada pandangan sesetengah individu, namun kreativiti ini harus dipuji. Berfungsi sebagai bingkai gambar, di samping suasana yang ditawarkan.

VIEW IN GALLERYBingkai gambar dari pallet

Baca seterusnya dalam segmen DIY : cara hasilkan diy wainscoting dengan beberapa step yang sangat mudah difahami & murah; modal hanya RM159.

Subscribe to our Newsletter