Ini Lah Cara Penjagaan Pokok FIDDLE FIG

Artikel cara penjagaan pokok fiddle fig ini dikongsi oleh seorang pengguna facebook Yatie Mawar. Jom sama-sama kita jenguk tutorial daripada beliau tentang penjagaan pokok fiddle ini.

Tips ini mungkin mengambil kira penjagaan yang teliti sehingga menghasilkan pokok yang gebu lagi meninggi. Heh.Berikut saya gabungkan beberapa tips setelah bertanya, google dan membaca di beberapa group dekorasi tentang penjagaan pokok fiddle.

1. PENCAHAYAAN
Fiddle fig memang terkenal sebagai indoor plant. Maka kedudukannya adalah di dalam rumah. Daunnya yang lebar dan kehijauan memang menarik bila di gabungkan dengan tema putih, natural ala2 scandinavian gitew. Maka, bila semua putih dan pine, splash with green. Wallah! Memang kebabom. So indoor plant bukan bermaksud fiddle ni puteri lilin. They still need the sunlight. Maksudnya, indirect sunlight ye puan puan. Letak kan di tepi tingkap, bukan di bawah pancaran matahari nan bersinar. Boleh letak bawah porch, tepi tingkat dan sewaktu dengannya. Tapi kalau kedudukan pokok tu tak langsung terkena sinaran matahari, sila lah bawa dia keluar sesekali melihat dunia luar. Dia memang perlukan kebebasan duniawi VIEW IN GALLERY😆

2. AIR
Water intake fiddle fig yang sangat perlu di ambil kira ia bukan HARI HARI. yeah. Bukan hari2. Pokok macamni banyak berpuasa. Hanya perlukan air secawan sahaja sudah mencukupi utk 3-4 kali seminggu. Jenguk2 lah dia dan lihat tanahnya. Kering ke tidak? Dan jangan la terlebih air, bila terlebih air, akarnya akan membusuk lalu menyembah bumi.

3. BAJA
Pokok macamni pun perlu dibaja. Tak perlu selalu. Sesekali dlm seminggu atau 2 minggu sekali. Tapi ada customer saya boleh kata selalu bagi minum air beras. Woww! Katanya pokok dia dah makin meninggi. Wah penasik betul fiddle ni kan?! Ingat orang je suka nasi. Kahkah. So boleh cuba tips tu jugak. Sesekali bagi dia baja air cucian beras ya? VIEW IN GALLERY😉

4. BELAI
Eh ngada2 nye ko fiddle. haha. Belai tu bukan macam belai kucing. Maksudnya, bila ada daun yang mula kekuningan. Sila la buangkan ia terus supaya tak merebak wabak nya tu. Selalu2lah potong dahannya bila nampak rosak supaya tumbuh pucuk baru ( ini kalau pokok dah membiak besar lah ). So daun rosak buang. Nanti dia akan sentiasa bertunas. Gitew

5. LAP
Selalu daun pokok ni berhabuk bila letak di dalam rumah ( itu tanda umah banyak habuk, rumah aku kah? VIEW IN GALLERY😂), maka rerajin la lap daunnya menggunakan kain lembab supaya dia bersinar kembali dan boleh bernafas dengan lebih baik. Kalau tak, tersumbat lh hidung2nya untuk bernafas, lalu potensi untuk mati menyembah bumi amatlah tinggi. Lap juga dengan minyak letak pada tisu dan lap. Pokok akan jadi berkilat.

Save

Save

Subscribe to our Newsletter