Wanita ini Kongsi Dekorasi Ringkas dan Minimalis Yang Menarik

  • Rishdan
  • 02 Jan 2017
  •   Comments Off on Wanita ini Kongsi Dekorasi Ringkas dan Minimalis Yang Menarik
Hiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (1)

Apakah azam anda untuk tahun 2017 ini? Bila tiba tahun baru sudah tentu kita ada azam baru bukan. Ada yang berazam untuk bebas dari kekangan kewangan, ada yang berazam untuk jadi kurus dan pelbagai lagi. Malahan menjelang tahun baru 2017 ini ada juga yang mungkin menanam azam untuk menghias kediaman masing-masing mengikut minat dan citarasa tersendiri. Tidak kiralah ianya dekorasi ringkas ataupun yang mahal, setiap pemilik rumah sudah tentu ada impian, citarasa dan idea tersendiri apabila bercakap tentang hiasan dalaman kediaman masing-masing. Bermula dari ruang tamu, bilik tidur,dapur hinggalah ke tandas, semuanya boleh di hias untuk menjadikan ruang dalaman rumah kita lebih ceria dan selesa.

Untuk entri kali ini, kami cukup teruja untuk kongsikan kembali kepada anda hasil dekorasi ringkas dan minimalis yang pasti boleh menarik minat anda. Dekorasi ini dikongsikan oleh seorang pengguna di akaun facebook miliknya yang mendapat komen yang positif dengan citarasa dan kreativiti yang ditunjukkan dalam dekorasi tersebut. Biarpun nampak ringkas namun konsep minimalis yang dibawakan cukup untuk membuat sesiapa sahaja yang berada dalam rumah ini terpegun. Sila lihat dan nilai sendiri hiasan dalaman yang dikongsikan oleh puan NurulAin Alaui ini.

Dekorasi ringkas dan bergaya

Hiasan dinding menjadikan ruang yang kosong dan hambar ini nampak lebih menyerlah dan ceria. Pemilihan set meja kayu putih yang digunakan ditelakkan di atas karpet hitam putih membuatkan dekorasi ini nampak moden bergaya.

VIEW IN GALLERYDekorasi ringkas Hiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih

Baca juga : Tips Hiasan Dinding Ruang Tamu Yang Menarik

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (9)

Di ruang tamu pula dihiasi dengan meja kopi putih dikelilingi dengan set sofa berwarna kelabu lembut. Pemilihan warna langsir juga sangat sesuai dengan warna tema keseluruhan ruang tamu. Ruang ini mewujudkan suasana yang tenang dan pastinya menjadi ruang yang menghilangkan stress selepas penat seharian di pejabat.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (7)

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (6)

Ruang istirehat sambil meluangkan masa bersama keluarga menonton tv.Rak tv ini cantik dan kemas di pandang, tetapi apa yang memberikan nilai tambah padanya adalah ruang storage yang sudah tentu berguna bagi pemilik rumah.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (5)

Rak buku yang di hias rapi menggunakan citarasa yang sempurna dengan hiasan dinding yang sudah tentu memberikan inspirasi dan ketenangan.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (2)

Inilah ruang untuk anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang. Hiasan bilik tidur untuk anak kesayangan tidak dilupakan oleh beliau. Dengan mengambil kira faktor pembelajaran dan perkembangan minda si manja, Puan NurulAin Alaui menghias bilik ini dengan warna-warna ceria di samping hiasan yang berunsur pembelajaran.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (10)

Hiasan bilik tidur yang menjadi tempat tidur dan rehat selepas penat seharian menjalankan rutin wajib.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (3)

Dekorasi dapur yang ringkas tetapi cantik.

Dapur juga mengekalkan konsep hiasan yang sama iaitu ringkas dan minimalis dengan menggunakan kabinet dapur putih dan table top cerah mewujudkan suasana yang tenang dan selesa untuk rutin harian di dapur. Sebagai langkah menjimatkan ruang, kabinet juga di pasang pada bahagian dinding dapur yang sudah tentu mempunyai pelbagai fungsi penting.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (4)

Akhir sekali, bahagian yang tidak kurang pentingnya dalam sesebuah rumah iaitu ruang dobi. Sesetengah pemilik rumah mungkin tidak diambil kisah tentang ruang ini. Tetapi dengan design dan suasana yang menarik membuatkan kita lebih seronok dan tidak stress dengan tugas yang perlu kita siapkan.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ringkas dan minimalis bertema putih (8)

Diharapkan entri dekorasi ringkas minimalis yang menjadi penyambut tahun baru 2017 ini menjadi inspirasi untuk anda yang sukakan dekorasi. Sila like page kami di fb.com/hiasdotmy untuk sebarang update terbaru yang kami sajikan kepada anda.

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter