5 Pulau Terbaik di Terengganu Yang Wajib Anda Lawati

  • Rishdan
  • 13 Mar 2017
  •   Comments Off on 5 Pulau Terbaik di Terengganu Yang Wajib Anda Lawati
Redang Island Terengganu Malaysia

Negara kita sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadi seperti pantai, gunung,air terjun dan pulau. Bila kita sebut tentang pulau, sebenarnya terdapat beratus-ratus pulau yang menarik & berbaloi untuk dilawati di negara kita. Antara yang selalu menjadi sebutan adalah pulau-pulau di negeri Terengganu yang terkenal dengan air yang jernih serta pemandangan yang cukup memukau.

Kali ini, kami suka untuk kongsikan kepada pembaca hias.my 5 pulau terbaik di Terengganu yang mungkin menjadi destinasi percutian seterusnya untuk anda. Mungkin pulau-pulau yang akan kami senaraikan ini sudah tidak asing lagi untuk anda, tetapi mungkin juga ada yang masih belum tahu kewujudannya. Ada di antaranya tersenarai dalam 100 pulau terbaik di dunia yang pernah disiarkan oleh CNN suatu ketika dulu. Sama-sama kita lihat sendiri keindahan pulau-pulau di Terengganu yang pasti buat anda teruja.

Baca juga : 10 Hotel Mewah Terbaik di Switzerland

Senarai pulau di Terengganu

1.Pulau Perhentian – pulau tercantik di Terengganu

VIEW IN GALLERYTempat menarik di pulau perhentian yang pasti memukau
Pernah menduduki tempat ke 13 dalam senarai 100 pulau terbaik di dunia oleh CNN, Pulau Perhentian terletak kira-kira 19 km dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Pulau ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pulau Perhentian Kecil & Pulau Perhentian Besar.

Jangan lepaskan peluang untuk cuba aktivit menarik di sana seperti ‘Scuba’, ‘Snorkeling’, ‘Parasailing’, ‘Jungle Trekking’ dan semestinya mandi-manda di persisiran pantai.

2.Pulau Redang

VIEW IN GALLERYRedang Island Terengganu Malaysiakredit :journeymalaysia.com

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu pulau terbesar di Pantai Timur Malaysia. Selain menjadi lokasi percutian yang sangat cantik, Pulau Redang juga memainkan peranan sebagai tapak pemuliharaan penyu yang pastinya menjadikan lokasi ini lebih menarik.

Pulau Redang sangat sesuai untuk mereka yang suka berenang, snorkeling, scuba diving, dan jungle trekking. Selain itu, Pulau Redang juga menjadi lokasi wajib bagi mereka yang sedang dalam mood honeymoon.

3.Pulau Lang Tengah

VIEW IN GALLERYPemandangan menarik di Pulau Lang Tengah - Recommended Hotel summer bay lang tengah island resortkredit: sini

Di antara Pulau Perhentian & Pulau Redang terdapat sebuah pulau kecil iaitu Pulau Lang Tengah. Ianya terletak kira-kira 40 km ke arah utara Kuala Terengganu dan lebih kurang 22 km dari pesisiran pantai semenanjung.

Jika anda merancang untuk bercuti di sini, anda boleh menaiki bot di Jeti Merang yang terletak dalam Daerah Besut. Dan jadual perjalanan bot adalah pada waktu pagi dan tengahari sahaja.

4.Pulau Kapas

VIEW IN GALLERYTempat menarik di Pulau Kapas Terengganu
kredit:sini
Pulau kapas yang terletak lebih kurang 6 km dari jeti Marang, Terengganu ini sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesesakan sambil melakukan aktiviti diving & snorkeling. Pulau kapas hanya 2km panjang & lebar lebih kurang 1km. Tidak sesibuk pulau-pulau lain walaupun ianya musim cuti sekolah. Anda boleh bercuti dengan tenang tanpa perlu bersesak-sesak.

Selain menjadi tempat percutian, Pulau Kapas juga terkenal di kalangan penggemar aktiviti mencandat sotong. Aktiviti ini selalunya pada Jun dan Julai setiap tahun.

5. Pulau Gemia

VIEW IN GALLERYPantai di Pulau Kapas yang sangat cantikkredit:sini

Mungkin nama Pulau Gemia masih asing untuk anda. Tidak mengapa, di sini kami bawakan sedikit pengenalan tentang Pulau Gemia yang terletak 800 Meter dari Pulau Kapas. Jaraknya dari tanah semenanjung pula hanya 5KM.

Walaupun tidak popular seperti pulau Perhentian atau Redang, pulau Gemia berjaya menarik pelancong untuk meneroka & menikmati kecantikan pulau yang dikelilingi kehijauan pokok serta air yang jernih sesuai untuk mandi-manda. Hanya 15 minit  perjalanan dengan menaiki bot laju di jeti Marang, Kuala Terengganu, anda boeh menikmati keindahan di Pulau Gemia.

Apa kata anda? Sangat cantik bukan? Untuk percutian yang berbaloi anda boleh cuba pulau-pulau menarik di Terengganu ini.

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter