Rumah Minimalis Moden Dengan Rekaan Kreatif

Rumah yang cantik dan selesa memang menjadi idaman semua. Namun, adakah kita pernah tanya pada diri sendiri rumah bagaimana yang kita impikan? Jika rumah minimalis moden yang menjadi idaman anda, teruskan dengan apa yang kami cuba tunjukkan. Tidak dapat saya nafikan rumah minimalis moden kini semakin popular. Banyak taman perumahan baru seperti berlumba-lumba menawarkan rekaan dan design rumah yang moden sesuai dengan citarasa bakal pemilik rumah pada masa kini.

Dalam mencapai impian kita untuk memiliki rumah idaman, perkara pertama yang harus kita tentukan adalah reka bentuk atau model kediaman yang kita mahu. Sesuai dengan citarasa kita serta keluarga tercinta;kalau ditanya apakah model rumah yang saya suka, sudah tentu jawapan rumah minimalis moden menjadi pilihan. Cuba lihat sendiri reka bentuk rumah yang dalam koleksi gambar di bawah. Mata mana yang tidak terpegun melihat rumah dengan rekaan yang cantik dan bersifat moden serta kreatif ini.

Rumah Shakin Stevens ini merupakan hasil kerja Matt Gibson Architecture + Design, sebuah syarikat arkitek yang bertapak di Melbourne, Australia & pernah menerima beberapa anugerah melalui hasil kerjanya. Reka bentuk ini sangat sempurna walaupun saiz rumah tidak terlalu besar. Sungguh cantik dan moden dengan fungsi sepenuhnya sebagai rumah yang terkini. Mungkin anda seperti saya? Sudah mula suka dengan model rumah minimalis moden ini.

Rumah minimalis ini direka dengan penuh kreativiti yang menjadikannya nampak moden bergaya. Dekorasi dalaman juga kelihatan sangat menarik dan selesa. Lihatlah sendiri!

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERYmodel cat rumah minimalis indoor outdoor

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERYrumah minimalis yang mewah

Jadi apakah pendapat anda tentang rumah minimalis moden dengan rekaan penuh kreatif ini? Cantik bukan? Mungkin anda boleh kongsikan apa yang anda rasa dalam ruangan komen di bawah.

Subscribe to our Newsletter