20 Set Sofa Pallet Terbaik Untuk Projek Diy Hujung Minggu

  • Rishdan
  • 25 Feb 2017
  •   Comments Off on 20 Set Sofa Pallet Terbaik Untuk Projek Diy Hujung Minggu
Hiasan dalaman paling menarik dengan sofa pallet

Adakah korang tengah cari sofa baru tetapi inginkan sesuatu yang unik dan bergaya dengan harga berpatutan? Apa kata korang cuba DIY sofa pallet yang kami kumpul ni. Perabot berasaskan kayu pallet kini bukan suatu yang asing lagi. Korang boleh lihat sendiri bagaimana sofa yang dibuat daripada pallet mampu memberi impak yang menarik dalam dekorasi sesebuah kediaman. Dengan kemasan cat & kusyen yang sempurna serta sedikit lampu hiasan, perabot sofa pallet mampu memberikan ruang yang elegan dan trendy.

Hiasan dalaman rumah dengan set sofa pallet

Siapa sangka set sofa menggunakan pallet juga mampu menawarkan suasana yang moden dan minimalis kepada ruang korang. Dengan sentuhan kreativiti dan kemasan yang sesuai seperti pemilihan warna cat dan kusyen – perabot pallet setanding dengan perabot dalam pasaran dengan menawarkan dekorasi yang sempurna kepada rumah korang.

VIEW IN GALLERYDiy pallet sofa dengan pallet euro untuk perabot bilik tidur

VIEW IN GALLERYHiasan bilik kanak-kanak dengan perabot sofa pallet

Hiasan dalaman yang ringkas sesuai dengan konsep minimalis ini menampilkan perabot pallet dengan kemasan yang cukup teliti. Dinding bata dihias dengan 2 rak buku gantung yang menjadikan ruang nampak terhias tanpa nampak kosong.  Gabungan yang ringkas tapi sempurna.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman paling menarik dengan sofa pallet

VIEW IN GALLERYIdea diy set sofa pallet untuk ruang minimalis

VIEW IN GALLERYIdea kreatif menggunakan pallet untuk hasilkan sofa dilenkapi kusyen kelabu

Untuk menjadikan perabot sofa pallet korang lebih menarik, pemasangan lampu warna amat praktikal. Kusyen yang digunakan juga menjadikan perabot pallet ini nampak lebih elok berbanding kosong.

Baca juga : 20 Idea Perabot Bilik Tidur Menggunakan Pallet

VIEW IN GALLERYLampu biru menghiasi perabot diy sofa pallet putih dan kusyen hitam

VIEW IN GALLERYPallet kitar semula untuk dijadikan diy sofa pallet dengan kusyen

Walaupun agak sukar untuk percaya, set sofa moden dibawah ini sebenarnya dibuat menggunakan kayu pallet. Apa yang membuatkannya nampak moden adalah kreativiti pemilik kediaman ini untuk menggabungkan warna perabot & susun atur ruang menjadikannya sangat cantik. Apa pendapat korang tentang perabot pallet yang ini?

Baca juga : Lelaki Ini Share Tips Miliki Kabinet Dapur Dengan Modal 1.5k Sahaja

VIEW IN GALLERYPallet sofa juga mampu dijadikan perabot untuk konsep hiassan scandanavian

VIEW IN GALLERYPerabot rumah dari pallet untuk hiasan dalaman elegan dengan sofa pallet

Perabot pallet untuk balkoni & laman rumah

Set sofa yang dibuat dengan menggunakan pallet boleh digunakan samada sebagai perabot dalaman rumah atau juga luaran seperti di porch dan taman anda. Kepada yang tinggal di apartment atau flat, pallet sofa sesuai di letakkan di balkoni rumah korang. Buat sofa 2 atau 3 tempat duduk dan hias balkoni korang . Pasti ruang ini akan jadi lebih menarik untuk santai waktu petang sambil layan facebook atau membaca majalah. Untuk jadikan set sofa pallet korang bertambah cantik dan “wow”, boleh jahitkan kusyen untuk jadikan alas tempat duduk.

VIEW IN GALLERYIdea diy pallet sofa dengan kusyen hitam putih

VIEW IN GALLERYDiy pallet sofa design untuk ruang taman

VIEW IN GALLERYDiy pallet sofa set putih untuk perabot luar rumah

VIEW IN GALLERYDiy sectional pallet sofa untuk laman rumah

VIEW IN GALLERYDiy sofa set untuk perabot santai di laman rumah anda

VIEW IN GALLERYDiy sofa pallet ceria dengan kusyen merah

VIEW IN GALLERYIdea diy perabot pallet untuk laman rumah dengan sofa pallet putih siap kusyen

VIEW IN GALLERYIdea diy sofa pallet untuk perabot balkoni rumah

VIEW IN GALLERYPerabot sofa pallet bentuk l untuk ruang hadapan rumah

VIEW IN GALLERYSet sofa pallet dan meja kopi untuk perabot balkoni rumah

VIEW IN GALLERYSofa pallet untuk taman luar rumah dengan meja kopiPallet boleh digunakan untuk hasilkan pelbagai jenis perabot rumah. Apa yang korang perlukan hanyalah pallet dan alatan pertukangan serta skil bertukang. Kalau korang minat untuk jadi kreatif, jom like facebook hias untuk dapatkan idea-idea baru untuk hasilkan perabot menggunakan kayu pallet.

Save

Subscribe to our Newsletter