11 Tips Ini Penting Untuk Anda Tahu Sebelum Pilih Perabot di Ikea

  • Rishdan
  • 19 Feb 2017
  •   Comments Off on 11 Tips Ini Penting Untuk Anda Tahu Sebelum Pilih Perabot di Ikea
Hiasan dalaman rumah apartmen apabila pilih perabot ikea

Kepada peminat ikea, 11 tips ini sangat berguna sebagai panduan untuk pilih perabot ikea. Tips ini telah dikongsi oleh seorang pengguna facebook, Duck Ira. Tips yang dikongsikan beliau menarik minat kami untuk kongsikan kembali di sini. Oleh itu, kami telah olah sedikit untuk di sesuaikan dengan kandungan hias.my. Berikut adalah 11 tips pemilihan perabot ikea yang beliau kongsikan.

Assalamualaikum sahabat.

Ira tengok ramai sekarang yang berminat dengan barangan ikea. Sekarang ni dah ada personal shopper. Lagi la senang nak beli barang-barang ikea.

Jadi Ira just nak share tips untuk beli perabot di ikea mengikut pengalaman ira sebelum ini.

01. Pelan

Lukis pelan rumah pada kertas. Kemudian ukur setiap keluasan bilik/ruang. Lukiskan kedudukan tingkap, pintu, Ketinggian tingkap, Jarak tingkap dari lantai. Keluasan dinding jika dibuka pintu dan sebagainya. Termasuk kedudukan suis. Tulis ukuran tersebut pada pelan tadi.

Baca juga : Tips Miliki Kabinet Dapur Dengan Modal 1.5k Sahaja

02. Tema

Tetapkan theme decoration masing-masing. Kalau ira, ira suka scandinavian style dan minimalist style.Sahabat boleh tengok dalam majalah or dalam pinterest untuk rujukan. Kalau boleh print gambar bilik yang kita berkenan tu, lebih baik.

03. Buat mood board

Buat mood board mengikut theme dekorasi masing-masing. Mood board tue macam di bawah. Tetapkan warna dinding, warna perabot & hiasan dalaman. Kalau ada harga setiap barang, lebih baik. tuliskan dibawah gambar. Jika perabot tu dari ikea, boleh ambil gambar dari katalog, Ira gunting katalog ikea tu. Tampal dalam buku mood board my house.

04. Susun atur perabot

Tetapkan susun atur perabot. Lukis atas kertas.Buatlah 2 atau 3 pelan susun atur. Kemudian pilih susun atur yang paling terbaik dengan kehendak hati masing-masing.

05. Bawa mood board anda ke Ikea

Bila dah ada mood board tadi, bolehlah ke ikea dengan membawa mood board tadi. Bawa tali tape sekali. Pen dengan kertas pun bawa juga. Senang kita nak lukis atau bincang dengan pasangan nanti.

06. Beli perabot dalam mood board sahaja

Beli perabot yang ada dalam mood board itu sahaja. Ira nasihatkan beli perabot ikut kualiti, fungsi, kepuasan hati dan juga sesuai dengan kewangan kita. Jangan beli perabot sebab nmpak cantik di bilik pameran ikea. Sebab kemungkinan perabot yang baru kita berkenan tadi tidak sesuai dengan tema dekorasi kita.

07. Beli sedikit demi sedikit

Beli sikit-sikit. Biarlah lambat dapat penuhkan rumah, tapi biar decoration yang bakal kita hasilkan puas hati dan sama macam dalam mood board kita tadi. Jangan beli sekaligus. Kalau tidak, rasa terbeban.

Beli mana yang penting dulu. Jika beli perabot yang “sekadar ada”, pembaziran akan berlaku. Sebab perabot ni kita tidak tukar setiap tahun melainkan orang tu memang kaya raya. Memang waktu itu, duit kita tak cukup, baru kerja, baru kawen, baru ada anak, semua pakai duit.

Ye.. Ira tahu. Tapi kena ingat, gaji kita makin lama, makin banyak. Kalau kita beli perabot “sekadar ada” sahaja, bila kita dah ada gaji banyak sikit, kita akan rasa, nak tukar perabot baru sebab masa tu kewangan kita makin baik. Jadi barang lama kita tu bagaimana? Nak jual? belum tentu ada orang nak. Besar, susah orang nak ambil dan sebagainya. Jadi, beli perabot yang benar-benar macam dekorasi rumah impian kita. Macam ira, bertahun juga baru dapat penuhkan rumah ni.

VIEW IN GALLERYContoh ikea moodboard malaysia

08. Beli screw driver elektrik.

Beli screw driver electric. Screw macam ni memudahkan kita pasang perabot ikea. Ira dari start sebelum kawan lagi, dah start beli alat-alat tools ni, sebab mudah nak buat kerja nanti. Nak pasang sorang-sorang pun tak menyusahkan orang.

09. Jadi Family Ikea

Jadi Family Ikea. Daftar di komputer yang disediakan oleh ikea. Ada kat dalam ikea tu. Free je daftar. Isi maklumat yang diperlukan macam yang diminta. Nanti ikea bagi card sementra(kertas) yang akan keluar kat mesin komputer tu. Nanti ikea akan hantar kad yang baru pada kita di rumah.

10. Redeem voucher

Redeem voucher. Bila dah jadi Ikea Family, beri kad ikea tu pada cashier setiap kali bayar. Nanti dapat point. Point yang terkumpul boleh ditukar kepada voucher. RM1 = 1 point. Memang berbaloi-baloi tau.

11. Return barangan

Yang bestnya ikea ni, barang yang kita beli, kalau tiba-tiba kita rasa macam menyesal pulak beli, kita boleh pulangkan semula barang tersebut kepada ikea. Pergi je di counter service. Bagi resit belian dan barang, nanti dia bagi duit kita semula. Senang kan. Pemulangan barang ni tidak termasuk barang As is ye. Barang As-is tidak boleh tukar dah.

TQ semua sbb sudi baca. Apa yg baik, boleh digunakan, mana yang tidak sesuai, sila abaikan. Peace yo..

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter