3 Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Tempah Langsir

  • Rishdan
  • 08 Apr 2017
  •   Comments Off on 3 Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Tempah Langsir
Warna langsir pastel lembut pasti buat suasana ruang tamu segar dan nyaman

Dalam beberapa bulan saja lagi kita akan meraikan kehadiran 1 Syawal yang merupakan hari kemenangan untuk seluruh umat Islam. Mungkin ada di antara kita yang mula tempah langsir baru untuk raya 2017 ini. Tukang jahit langsir sudah mula sibuk menerima tempahan yang harus disiapkan sebelum tibanya Hari Raya.

Kalau ada di antara anda yang rancang untuk tukar langsir rumah sebagai persediaan raya 2017, anda perlu ambil tahu tentang pemilihan kain langsir. Di bawah kami sediakan 3 perkara penting yang perlu anda tahu semasa sebelum tempah langsir baru.

1. Jenis kain langsir (fabrik)

Sebelum memilih langsir anda perlu ambil kira suasana bilik atau ruang. Untuk ruang yang lebih rasmi eloklah digayakan dengan langsir fabrik tebal seperti sutera baldu yang mempunyai bukaan besar. Bagaimanapun, pilihan lebih praktikal adalah campuran rayon sutera dan kapas.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu dengan langsir sutera baldu

Untuk suasana ruang lebih santai cukup hanya menggayakan langsir dari kain kain linen, baldu lembut atau kapas campuran. Anda boleh juga cuba hiasan tambahan pada bahagian kepala langsir untuk jadikan langsir lebih menarik dan tidak buat anda bosan.

VIEW IN GALLERYLangsir putih merah mewah untuk ruang tamu

2. Warna Fabrik

Padanan warna langsir perlu mengambil kira gaya hiasan dalaman ruang. Warna dinding, perabot atau aksesori lain juga perlu padan. Anda boleh gayakan sama ada warna gelap supaya seimbang dengan warna dinding yang cerah atau pastel yang bukan warna dominan di ruang tersebut. Tapi, ia bergantung pada keadaan dan citarasa anda sendiri serta perubahan trend.

VIEW IN GALLERYGaya langsir warna gelap dipadankan dengan dinding warna lembut dan perabot pastel

Langsir warna terang boleh menarik pandangan mata dan mampu memberi kesan yang hebat. Contohnya langsir warna merah bila dipadankan dengan dinding putih mampu memberi pesona berbeza pada ruang kediaman anda.

VIEW IN GALLERYIdea dekorasi ruang tamu dengan langsir merah dipadan dengan set sofa pastel

Anda juga boleh cuba langsir warna pastel yang lebih selesa & sejuk bila dipandang. Namun, untuk impak yang sempurna, anda perlu rancang gabungan warna pastel. Mula dari kusyen ke langsir dan dinding, ianya perlu ada kesinambungan dalam pilihan warna. Hasilnya pasti menawan setiap mata.

VIEW IN GALLERYWarna langsir pastel lembut pasti buat suasana ruang tamu segar dan nyaman

3. Corak Langsir

Untuk ruang yang telah di hias dengan “wallpaper”, eloklah anda tempah langsir yang kosong (polos) untuk elak ruang jadi serabut kerana terlalu banyak corak.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu dengan kertas dinding bercorak dan langsir polos

VIEW IN GALLERYhasil dekorasi moden dengan langsir kosong dan sofa set warna pastel

VIEW IN GALLERYIdea hiasan dalaman ruang tamu dengan langsir jarang dan dinding pastel

Sebaliknya jika dinding polos bolehlah anda padankan dengan langsir bercorak. Namun, cuba elak fabrik sofa yang sama corak dengan kain langsir kerana kedua-duanya akan bertembung untuk menarik perhatian. Untuk ruang yang kecil, langsir harus dipasang tinggi ke paras siling. Dinding akan nampak lagi kemas.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu gaya santai sesuai untuk rumah tepi pantai dengan langsir bercorak

Subscribe to our Newsletter