6 Tips Untuk Memilih Warna Bilik Tidur Sesuai Untuk Anak-anak

  • Rishdan
  • 28 Dec 2016
  •   Comments Off on 6 Tips Untuk Memilih Warna Bilik Tidur Sesuai Untuk Anak-anak

Apabila anak-anak meningkat remaja, mereka biasanya mempunyai idea yang tersendiri,warna apa yang mereka suka, dan juga gaya hiasan dalaman tersendiri. Dengan beberapa panduan dari kita, anak remaja kita boleh memilih tema warna bilik tidur yang menjadi kesukaan. Maklumlah, bilik tidur menjadi tempat mereka belajar, dan berehat. Menyediakan bilik yang sempurna sudah menjadi tanggungjawab kita . Di sini kami di hias.my ingin bawakan tips pemilihan warna bilik tidur yang sesuai untuk remaja. Sama-sama kita baca dan kongsi.

Pilihan Warna Bilik Tidur Anak

1. Remaja sukakan warna yang terang; Tanya pendapat mereka. Mereka suka warna yang macam mana. Jangan takut untuk benarkan mereka pilih sendiri warna kegemaran mereka. Kadang-kadang warna yang tidak relevan jika dipadankan dengan baik akan menghasilkan design yang cantik dan sempurna.

2. Warna kebiasaan untuk remaja contohnya oren, ungu, biru terang dan navy blue. Malahan warna hitam juga boleh digunakan dengan syarat ia diolah untuk tidak mewujudkan suasana suram. Sebagai contoh, gabungan warna hitam dan putih menghasilkan ruang bilik yang nampak lebih moden dan elegan. Lihat contoh di bawah.
Gambar

3. Bilik tidur berwarna ungu sememangnya menjadi kesukaan remaja perempuan.Selain dari bersifat moden, ianya membawa mood romantik.. Untuk menjadikannya lebih glamor, padankan warna ungu dengan perabot hitam dan sedikit lighting.

4. Warna bilik tidur pink masih menjadi kesukaan sesetengah gadis remaja. Perabot moden dan dengan aksesori yang sesuai akan menjadikan bilik tidur pink nampak tidak terlalu kebudak-budakan.

5. Bilik tidur remaja lelaki – Untuk anak lelaki, kita boleh cuba beige coklat atau biru seperti navy blue Sesetengah remaja lebih tertarik kepada warna-warna neutral atau pucat bagi dinding mereka. Anda masih boleh membawa keceriaan ke dalam bilik tidur dengan memanipulasi warna pada cadar, karpet dan aksesori lain.

6. Remaja memang suka unsur wallpaper atau mural pada dinding. Ianya amat sesuai bagi dinding yang di cat dengan warna yang cair. Untuk lebih menceriakan bilik anak anda, penggunaan aksesori dekorasi gitar, piala dsb boleh dipertimbangkan. Jika anak anda suka kan warna hitam, masih lagi boleh dipertimbangkan dengan mengecat satu bahagian dinding sahaja dengan warna hitam cthnya di bahagian kepala katil. Bahagian lain boleh disulam dengan warna putih untuk nampak lebih moden.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda menghias sendiri bilik tidur anak anda.Sebagai sokongan jom sama-sama share entri ini atau like kami di facebook.com/hiasdotmy

Subscribe to our Newsletter