3 Trend Warna Cat Rumah Tahun 2017

Hiasan ruang tamu yang lebih menyerlah dengan lapis blue

Tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya dan kini 2017 sudah menjelma. Diharapkan tahun 2017 akan membawa seribu makna kepada semua. Seperti fesyen, hiasan dalaman dan design sesebuah kediaman juga berubah mengikut trend. Hari ini kami bawakan kepada anda tiga trend warna cat rumah terkini yang dijangka akan menjadi pilihan pada tahun ini. Mungkin di antara warna ini akan menjadi pilihan anda untuk menghiasi kediaman. Walaupun trend boleh dijadikan inspirasi dalam dunia hiasan dalaman, apa yang penting adalah citarasa dan kemahuan anda sendiri perlu menjadi keutamaan. Hiasi kediaman anda dengan warna yang anda suka dan menyenangkan.

Warna cat rumah terkini 2017

1. Hijau

Hijau terkenal sebagai warna yang segar,menyejukkan mata dan membawa kita kepada unsur semulajadi tumbuh-tumbuhan. Tambahan pula terdapat banyak variasi untuk warna ini bermula dengan hijau kuning hingga ke hijau teal. Gambar di bawah adalah contoh warna hijau yang menjadi pilihan tahun ini.

VIEW IN GALLERYKatalog warna hijau dengan nama dan kod

Baca juga : Tips Memilih Warna Bilik Tidur Kanak-kanak

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERYTrend warna cat hijau hiasan dalaman 2017

Kalau masih lagi rasa takut atau fikirkan tentang kos untuk mengecat semula keseluruhan dinding, kita boleh juga mengambil alternatif lain contohnya menggunakan jambak bunga, cadar ,menggunakan tumbuhan sebenar atau wallpaper pada dinding.

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik menggunakan warna hijau lembut pada sarung bantal dan dinding

Baca juga : 20+ Bilik Tidur Dengan Konsep Hijau Yang Menarik

2. Beige

Warna beige tergolong dalam kumpulan warna kelabu. Kelabu adalah warna yang bersifat natural yang menjadikannya popular disamping senang untuk dipadankan dengan pelbagai variasi warna.

VIEW IN GALLERY

Hiasan dalaman bilik tidur di bawah nampak lebih elegan dengan dinding di cat dengan warna beige.

VIEW IN GALLERYHiasan bilik tidur dengan warna dinding kelabu dan beige

3. Biru

Warna yang lembut dan sejuk, “powdery blue” seperti gambar di bawah sesuai digunakan untuk kebanyakan ruang di dalam rumah kita yang pastinya membangkitkan suasana yang tenang dan nyaman. A popi merah terang dan riang boleh bertindak sebagai daya penggerak untuk gaya dan reka bentuk. Warna ini akan lebih menyerlah jika dipadankan dengan perabot atau lantai kayu.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur menggunakan powdery blue sebagai warna tema

VIEW IN GALLERY

Biru menjadi pilihan trend warna rumah kerana ketenangan dan menjadi simbol kecantikan alam semulajadi yang mempunyai kesan yang hebat terhadap persekitaran. Sebagai contoh, warna “lapis blue”di bawah memberikan keyakinan dan ketenangan kepada ruang. 

VIEW IN GALLERY Hiasan ruang tamu yang lebih menyerlah dengan lapis blue warna cat rumah

Diharapkan trend salah satu warna cat rumah di atas boleh dijadikan inspirasi untuk mewarnai kediaman anda pada tahun ini.

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter