20 Kombinasi Warna Yang Sempurna Untuk Bilik Tidur Anda

  • Rishdan
  • 02 Jul 2017
  •   Comments Off on 20 Kombinasi Warna Yang Sempurna Untuk Bilik Tidur Anda
Dekorasi bilik tidur dengan warna oren dan coklat

Pemilihan kombinasi warna bilik tidur yang terbaik memang agak sukar. Hiasan dalaman sesebuah bilik tidur bermula di sini. Oleh itu, anda harus pastikan kombinasi warna yang dipilih akan menjadi bilik tidur nampak lebih nyaman,moden & juga bergaya.

Kini, bilik tidur bukan lagi hanya sebagai tempat untuk tidur pada waktu malam. Di sini lah kita berehat setelah seharian penat bekerja sambil menonton tv. Ada juga yang jadikan bilik tidur sebagai ruang pejabat. Menjadikan bilik tidur sebagai ruang yang tenang, menarik, harmoni & selesa secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan anda di rumah.

Sebagai panduan kombinasi warna bilik tidur, di sini kami bawakan beberapa gabungan warna yang sangat sesuai. Pakar hiasan dalaman juga setuju. Kombinasi warna ini boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang merancang untuk cat semula bilik tidur, – atau, kepada yang sedang intai-intai idea untuk cat rumah baru mereka.

Pemilihan warna bilik tidur yang sesuai

1.Turquoise dan Hijau – Pilihan yang kini menjadi kegilaan ramai.  Kombinasi warna dinding hijau dan selimut + sarung bantal turqoise menjadikan bilik tidur nampak menarik & segar. Peminat tegar turqoise boleh cuba gabungan warna ni.

VIEW IN GALLERYBilik tidur warna turquoise dan hijau
2.Lilac dan Kelabu – Lilac merupakan warna ungu lembut/pucat sama seperti warna kebanyakan bunga lilac. Bilik tidur warna lilac yang digabungkan dengan kelabu membawa aura kelembutan yang menawan ke dalam sesebuah bilik.

VIEW IN GALLERYBilik tidur warna lilac dan kelabu
3.Merah dan Biru – Gabungan warna bilik tidur merah dan biru ada peminatnya yang tersendiri. Gabungan ketenangan warna biru dengan warna merah yang berani menjadikan suasana lebih menyerlah tanpa menyakitkan mata. Inilah warna yang sesuai kepada mereka yang berani & berkeyakinan tinggi.

VIEW IN GALLERYGabungan warna bilik tidur merah dan biru
4. Beige dan turquoise – Sekali lagi warna turqoise menjadi pilihan. Tapi kali ini digabungkan dengan warna beige. Warna beige yang lembut menjadi latar belakang ruang dipadankan dengan  warna turquoise yang menjadi sebagai penambah seri.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur warna beige dan turquoise

5. Hijau dan Pink – Deko bilik tidur dengan warna hijau dan pink seperti contoh di bawah sangat sesuai untuk bilik tidur remaja perempuan. Pink yang sememangnya sinonim dengan perempuan, digabungkan dengan hijau lembut karpet sudah cukup menjadikan ruang lebih menyerlah.

VIEW IN GALLERYGabungan warna bilik tidur hijau dan pink

6. Mustard dan Beri – Kuning mustard menjadi pilihan warna cat bilik tidur di bawah. Hiasan bilik tidur sememangnya memerlukan kreativiti. Gabungan kuning mustard dan beri dalam dekorasi bilik tidur di bawah adalah salah satu contoh gabungan warna yang berkesan membangkitkan suasana.

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik tidur dengan tema mustard dan beri

7. Oren dan Coklat – warna yang sesuai untuk bilik tidur, tetapi dengan syarat penggunaan warna haruslah sesuai dan tidak terlalu sarat. Penggunaan warna terang yang terlalu banyak mungkin akan buat anda sakit mata. Inginkan gabungan yang terbaik? Contoh ada di bawah.

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik tidur dengan warna oren dan coklat
8. Kuning Mustard , Merah & Biru – Jika tadi gabungan mustard dan beri menjadi pilihan, kali ini 2 warna terang digunakan dengan berani.

VIEW IN GALLERYGabungan warna cat bilik tidur kuning mustard dan merah

9.Ungu dan Biru – Ramai yang anggap warna ungu sesuai untuk dekorasi bilik kanak-kanak, atau bilik remaja perempuan. Namun, jika dipadankan dengan warna yang sesuai, ungu juga mampu buat master bedroom anda jadi menarik & sempurna.

VIEW IN GALLERYHiasan bilik tidur tema ungu dan biru

10. Putih, Hitam & Biru – Warna hitam & putih menjadikan ruang lebih bergaya  dan trendy. Gabungan warna biru jadikan suasana bilik lebih tenang. Jom lihat gabungan warna bilik putih, hitam & biru yang mewarnai bilik tidur di bawah. Kami jamin yang anda mula jatuh cinta dengan bilik tidur yang gojes ini.

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik tidur warna hitam putih dan biru

11. Coral & Biege

VIEW IN GALLERYWarna bilik tidur Coral & Biege

12.Kelabu & Keemasan

VIEW IN GALLERYWarna bilik tidur Kelabu & Keemasan

13.Turquoise & Coklat

VIEW IN GALLERYWarna bilik tidur Turquoise & Coklat

14.Peach dan Hijau

VIEW IN GALLERYWarna bilik tidur Peach dan Hijau

15.Hijau & Coral

VIEW IN GALLERYWarna Bilik tidur Hijau & Coral

16.Turquoise Gelap & Keemasan

VIEW IN GALLERYWarna Bilik Tidur Turquoise Gelap & Keemasan

17.Putih, Oren & Hitam

VIEW IN GALLERYWarna bilik tidur Putih, Oren & Hitam

18.Oren & Biru

VIEW IN GALLERYWarna bilik tidur Oren & Biru

19. Biru Gelap & Merah

VIEW IN GALLERYWarna bilik tidur Biru Gelap & Merah

20. Kuning Lemon & Kelabu

VIEW IN GALLERYWarna bilik tidur Kuning Lemon & Kelabu

20 idea gabungan warna bilik tidur di atas mungkin boleh memberikan inspirasi untuk bilik tidur anda nampak lebih menarik & bergaya.

Anda ada idea untuk dikongsi dengan kami? Sila hubungi kami di facebook.com/hiasdotmy

Subscribe to our Newsletter