Untuk anda yang bekerja dari rumah, pastinya memerlukan ruang kerja supaya anda lebih mudah dan fokus untuk melakukan pekerjaan. Untuk itu, kami sediakan 5 idea dan tips penyediaan ruang kerja yang dikongsikan oleh Achok Faiz untuk membantu produktiviti anda seharian.
1. Gunakan warna yang menaikkan semangat. Cuba ‘mix and match’ warna kegemaran anda dengan warna lain. Faiz menggabungkan warna turquoise (warna branding syarikat), putih dan kelabu dalam ruang kerjanya. Memadai dengan 3 warna dan pilih warna-warna yang memberi ‘calming effect’.
2. Gunakan rak yang terbuka untuk memudahkan anda menyimpan barang dan mencari fail, dan warna-warna buku membantu menambah seri kawasan kerja anda. Pastikan barang-barang penting terletak di bahagian yang mudah dicapai.
3. Minimakan barang-barang di atas meja untuk memudahkan kerja. Tinggalkan barang penting sahaja seperti alat tulis dan buku nota. Apabila meja bersepah, ‘mood’ nak bekerja mudah terbantut dan lebih teruk, boleh menjadi tempat ‘melepak’ lipas
4. Letakkan unsur-unsur hijau semulajadi di kawasan kerja. Letakkan pokok-pokok indoor yang sesuai seperti kaktus, snake plant, aloe vera dan spider plant kerana pokok-pokok ini membantu pengudaraan. Faiz memilih pokok yang pasunya padan dengan warna yang diinginkan.
5. Keep It Simple & Sweet (KISS). Ini tempat kerja dan juga rumah anda. Jadi, tidak perlu hiasan atau perabot yang besar kerana kawasan ini berkemungkinan akan menjadi kesukaan anak-anak anda nanti. Sementara pasangan anda sibuk dengan kerja lain, semestinya anda yang perlu menjaga mereka. Pastikan tempat ini selamat untuk menjadi taman permainan mereka.
Kredit: Achok Faiz