Kebiasaannya, bilik adalah ruangan yang agak sempit dan kecil. Ia tidak menjadi masalah untuk sesetengah orang, namun sebaliknya bagi sebahagian lagi. Oleh itu, terpulang kepada kebijaksanaan tuan rumah untuk menampakkannya sedikit luas supaya lebih selesa dan mudah. Cara yang dilakukan oleh seorang wanita, yang juga pemilik rumah rehat Kontena Stay Lanai 77 di Kota Bharu, iaitu Anisah Halim adalah dengan membina katil yang tinggi ala-ala rumah kecil supaya bilik kelihatan luas dan menenangkan.
Kongsinya dalam FB group ‘Giler Deco Group’, idea rekabentuk bilik tidur berkeluasan 11′ x 11′ ini adalah dari suami dan anak lelakinya. Kos renovasi juga lebih murah kerana hanya mengupah tukang dari kampung. Katanya, sekiranya membeli yang sudah siap, kosnya dalam RM 3K untuk katil sahaja.
Bilik dan Katil Sebelum Ubahsuai
Hasil Ubahsuai Bilik Kecil dan Katil Agar Nampak Luas dan Tenang
Bilik berketinggian dalam 11 – 12 kaki.
Meja dan rak buku dikitar semula dari katil lama.
Tangga katil lama.
Semoga menjadi inspirasi untuk pemilik bilik yang kecil.
Kredit: Anisah Abdul Halim
Facebook
RSS