Sebuah bilik keluarga bawah tanah ini sangat gelap dengan gaya mengelirukan. Maka, transformasi dilakukan selama 8 minggu dengan matlamat untuk menyelesaikan banyak isu design, salah satunya, menjadikan bilik ini seperti tidak berada di bawah tanah, tetapi seperti ruang rumah lainnya. Dengan mengecat dinding, trim, pintu dan kabinet warna moody blue, mencipta ilusi bilik lebih besar dan luas. Walaupun tidak mempunyai banyak cahaya semulajadi, biru gelap dan pencahayaan warm memberikan suasana selesa.
Sebelum
Hasil Transformasi Bilik Keluarga Tema Moody Blue
Sofa dan loveseat lama diubahsuai untuk menjadikannya high-end dan baru melalui deep cleaning, menambah padding tambahan di kusyen belakang dan menukar kaki kepada gaya vintage.
- Kerusi lengan: Wovenbyrd
- Frame satin gold: Frame It Easy
- Cat Blue 07, wallpaper Stripes 02: Lick
- Kanvas berframe: Minted
- Bantal, paper holder, bekas art: Amazon
- Lukisan-lukisan lain: Etsy
Sebelum ini, 2 ruang yang sama (keluarga dan kraf) terasa ‘terputus’. Maka, berbanding 2 karpet yang sama, 2 gaya dalam saiz berlainan dipilih untuk menyerlahkan ruang dan memberikan ‘kedalaman’ pada bilik. Ia boleh dibasuh, yang mana sangat penting untuk ruang yang dipenuhi snek, kraf dan haiwan peliharaan.
Trim bahagian tepi almari ditambah dan riser dibina untuk 3 kabinet laundry (Walmart) di dinding bertentangan. Membuang kaki dan melekatkan 3 kabinet bersama menjadikan ia kelihatan built-in custom, lebih high-end apabila dicat warna sama dengan dinding. Baseboard trim ditambah sekelilingnya. Berbanding menjadi titik tumpuan, kabinet ‘blend’ bersama dinding, membantu bilik berasa lebih besar.
- Lampu meja DIY
- Karpet hitam putih dan pink, floor lamp: Rugs USA
Pemegang: Lowe’s
Tanda ‘Laundry’, caddy: Target
Semoga terinspirasi!
Kredit: The Rural Legend
Facebook
RSS