Ruang yang dated boleh dinaiktaraf tanpa renovasi, seperti sebuah dapur ini yang ditambahbaik menjadi baru dan terang melalui tema putih. Masalah terbesarnya iaitu estetik diatasi dengan ubahsuai, menjadikan seluruh ruang berasa seperti dalam abad ke-21.
Sebelum
Dinding dan jubin lantai berwarna tona hijau, kabinet pine dan backsplash buah dan sayur-sayuran.
Ruang terbuka cukup besar untuk meja yang boleh diduduki. Ruang counter dan penyimpanannya baik.
Hasil Ubahsuai Dapur Lama Jadi Moden & Terang Dengan Tema Putih
Kerusi diubahsuai dengan ‘kejutan’ corak di belakang.
Cat meja (Craigslist) – DecoArt Maxx Gloss (top), 1 lapisan pink (kaki) untuk dipadankan dengan karpet
Kabinet dicat, backsplash diganti, lantai ditukar kepada hardwood dan perkakas serta beberapa peralatan baru.
Jubin backsplash hexagon kecil lebih kontemporari dan bergaya, memberikan ruang sedikit kedalaman neutral.
Tombol silver lama ditukar kepada hexagon hitam (Liberty Hardware), membawa kemodenan yang ‘bersih’ pada ruang. Bentuknya sepadan dengan backsplash.
2 peti ais dan dishwasher Café (GE Appliances) menambah suasana moden. Model Café diselaras baik dengan pemegang peti ais Monogram.
Kanister marmar untuk kisaran kopi dan pod reusable Keurig – DIY
Dulang bulat ditambah pada counter pusat command.
Dapur ini adalah bukti bahawa cat, kemasan dan beberapa aksesori boleh menjadikan sesebuah ruang terasa baru dan bertambah baik tanpa merobohkan apa-apa.
Kredit: At Charlotte’s House
Facebook
RSS