Kecil & Sempit, Ini Ubahsuai Dapur Galley Tahun 1940-an Kepada Ruang Terbuka

Demi memberikan ruang untuk lebih ramai orang, sebuah dapur galley 40-an kecil yang berkeluasan almari lebar 6′ diubahsuai kepada ruang terbuka.

Sebelum

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Perubahan terbesar, merobohkan dinding load-bearing dan membina island. Lebih terbuka dan boleh diakses daripada lebih 1 tempat. Posisi peti ais dan stove (stainless steel hitam) ditukar.

Memandangkan ruang sangat terhad namun memerlukan lebih banyak storan, beberapa kabinet atas (kedalaman 15 inci) digunakan untuk island. Veneer diletakkan di bahagian tepi dan belakangnya, dan dicat warna custom untuk dipadankan dengan seluruh kabinet. Countertop kedalaman biasa.

VIEW IN GALLERY

Pintu dan dinding pantri dibuang dan drywall fresh ‘dinaikkan’ untuk membina pantri butler (menyimpan barangan kering) yang lebih berfungsi.

Hasil Ubahsuai Dapur Kecil Jadi Terbuka

VIEW IN GALLERY

Kabinet kelabu baru (Habitat for Humanity ReStores) dengan laci kayu olive, cubbies slide out dan bakul, rak rempah built-in, cupboard bonus kecil di hujung untuk barangan kecil dan banyak lagi. Di atasnya rak terbuka.

3 lapisan lantai sehingga ke hardwood asal (subflooring baru diletakkan atasnya untuk permukaan yang ‘clean’) dilekatkan vinyl peel-and-stick Achim Geometric.

VIEW IN GALLERY

Sinki single-bowl hitam (Kohler) dipadankan dengan faucet gold.

  • Range hood – Amazon
  • Counter berupa marmar – IKEA

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Terdapat 2 kabinet bawah penuh dan 1 upper extra large digantung atasnya, lebih banyak rak terbuka dan bahagian terbuka di bawah untuk tong sampah dan but hujan.

Berbaloi transformasikan dapur terbuka yang besar daripada sempit untuk mereka yang suka memasak dan melayani keluarga dan rakan-rakan.

Kredit: Little Victorian

Scroll to Top