Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Rumah Idaman»Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Sila Semak 6 Perkara Ini Dulu
    Rumah Idaman

    Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Sila Semak 6 Perkara Ini Dulu

    RishdanBy RishdanOctober 31, 2018Updated:October 31, 2018No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Nak bina rumah atas tanah sendiri tapi tak tahu bagaimana nak mula. Anda boleh baca perkongsian ini. 6 perkara ini sangat penting untuk kita ketahui sekiranya ingin buat rumah atas tanah sendiri.

    VIEW IN GALLERY

    Sememangnya terdapat pelbagai cara untuk memiliki rumah idaman, tidak semestinya kita beli rumah yang sudah siap, kita juga boleh beli rumah undercon atau subsale.

    Baca juga : Beli Rumah Subsale & Ubahsuai Dengan Kos Renovasi RM8K Sahaja.Lihat hasilnya

    Kepada yang memiliki tanah sendiri dan rancang untuk bina rumah atas tanah tersebut, pelbagai kelebihan memihak kepada anda. Sebelum kami kongsi 6 perkara wajib ini, jom kita lihat apa kelebihan bina rumah atas tanah sendiri.

    Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

    1. Kos pembinaan dikawal oleh anda sendiri atau bergantung kepada kemampuan.

    Kelebihan utama bina rumah atas tanah sendiri ialah anda boleh menentukan reka bentuk rumah mengikut kemampuan kewangan anda. Anda boleh pilih untuk menbina lot banglo, semi D dan sebagainya. Ada juga sesetengah kontaktor akan bagi cadangan rumah yang paling sesuai dengan bajet anda.

    2. Kos pembinaan rumah juga lebih murah berbanding kos beli rumah.

    Sudah semestinya, kos bina rumah sendiri jauh lebih murah jika dibandingkan beli rumah dari pemaju. Sebagai contoh harga sebuah rumah banglo boleh mencecah jutaan ringgit berbanding dengan membina kos hanya beratus ribu ringgit untuk Lot banglo.

    3. Bebas memilih konsep yang anda inginkan.

    Pemilihan konsep rumah merupakan satu lagi kelebihan yang tiada pada rumah yang dibeli dari pemaju. Anda boleh menentukan design dan konsep rumah yang anda impikan sebagai kediaman anda. Suka konsep rumah moden? Klik sini.

    4. Menambah aset kekal diatas tanah sendiri.

    Ini merupakan kelebihan yang jelas apabila bina rumah atas tanah sendiri. Melalui sudut pandangan ekonomi anda telah menambah aset kekal. Kerana harga tanah dan harga rumah semakin meningkat hari demi hari.

    6 Syarat Penting Wajib Anda Semak Sebelum Membina Rumah Atas Tanah Sendiri.

    1.Pastikan GERAN TANAH atas nama anda sendiri.

    Anda perlu ada bukti hitam putih bahawa tanah itu milik anda. Sebagai contoh, ” semasa arwah nenek anda masih hidup dia ada menyatakan bahawa sekiranya dia meninggal, andalah tuan tanah itu namun sekiranya tiada bukti dokumen, tanah itu bukanlah milik anda dan anda tidak boleh sama sekali membina rumah di atas tanah tersebut.”

    2. STATUS TANAH atau syarat tanah perlulah berstatus kediaman.

    Status tanah juga perkara penting yang perlu anda pastikan terlebih dahulu. Jika tanah itu merupakan tanah pertanian atau lain-lain, anda perlu tukar status tanah tersebut terlebih dahulu supaya urusan membina rumah berjalan lancar.

    3. KELUASAN TANAH yang sesuai.

    Perkara ini kadang-kadang terlepas pandang. Namun tahukah anda syarat wajib untuk bina rumah atas tanah sendiri termasuk pastikan tanah tersebut berkeluasan melebihi 450 mp. Jika kurang daripada keluasan ini, kita tidak boleh membina rumah di atas tanah tersebut.

    4.Pastikan tanah tersebut tiada SEKATAN.

    Sebagai pemilik tanah, anda kena semak tanah terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk bina rumah atas tanah tersebut. Sekiranya tanah tersebut mempunyai sebarang sekatan seperti sekatan kaveat dan sebagainya rumah yang dibina tidak sah disisi undang-undang.

    5.BATU SEMPADAN.

    Semak dengan pihak yang berwajib mengenai sempadan tanah anda. Kita tidak boleh bina rumah sembarangan tanpa tahu sempadan tanah kita. Pastikan dulu rumah anda berada dalam lot anda sahaja. Sekiranya anda kurang pasti atau masih tidak tahu, anda perlu memanggil jurukur untuk mengukur semula sempadan tanah anda.

    6.TANAH KOSONG

    Anda perlu elakkan bina rumah di tanah yang masih belum dikosongkan kerana ia pastinya akan meningkatkan kos pembinaan.Ini kerana tanah tersebut perlu di kosongkan terlebih dahulu sebelum projek pembinaan rumah dijalankan.

    Jika semua perkara/syarat di atas telah lengkap, anda kini boleh merangka tindakan seterusnya. Contohnya, cari kontraktor yang menawarkan pakej bina rumah atas tanah sendiri yang berpatutan, pilih design rumah yang diidamkan, atau membuat permohonan pinjaman perumahan dari bank.

    Sumber:faridzaswadi.blogspot.com.

    rumah kampung rumah tanah lot
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBeli Rumah Subsale & Ubahsuai Dengan Kos Renovasi RM8K Sahaja.Lihat hasilnya
    Next Article Diy Kolam Renang Mini Yang Super Kreatif

    Related Posts

    Deko Rumah 2 Tingkat Berkonsepkan Klasik Moden Dengan Tema Putih & Neutral

    February 16, 2023

    Dekorasi Rumah Subsale Semi-D, Dari Terbiar 4 Tahun Kini Jadi Rumah Impian

    February 13, 2023

    Dari Minat, Lelaki Ini Bina Sendiri Rumah Dari Kayu Terbuang & Tempatan

    September 2, 2022

    Renovasi Rumah Teres 2 Tingkat Kepada Konsep Simple & Minimalis Moden

    December 19, 2021

    Lelaki Kongsi Pembinaan Rumah Untuk Ibu Ayah, Impian Waktu Kecil Kini Tercapai

    December 9, 2021

    Hasil Projek Dekorasi Ruang Rumah Semi-D Bertemakan ‘Modern Luxury’

    September 28, 2021

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.