Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Rumah Idaman»Hanya RM 65K Dapat Bina Rumah Kampung Secantik Ini Dalam Masa 1 Bulan Lebih Sahaja
    Rumah Idaman

    Hanya RM 65K Dapat Bina Rumah Kampung Secantik Ini Dalam Masa 1 Bulan Lebih Sahaja

    RishdanBy RishdanSeptember 25, 2018Updated:July 11, 2019No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Bina rumah kampung sendiri dengan modal serendah rm65K. Masa yang diperlukan untuk bina rumah ini pula hanya lebih kurang 5 minggu. Mungkin bunyinya macam mustahil dengan kenaikan harga bahan binaan sekarang ini. Namun jika dirancang dengan teliti dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan, tidak mustahil untuk bina rumah dengan kos murah seperti ini. Dengan syarat, kita harus buat kajian yang total bermula dari pemilihan kontraktor, rekabentuk rumah, pemilihan barang-barang binaan hinggalah rekabentuk dalaman. Ini bagi memastikan segala proses semasa pembinaan berjalan dengan lancar.

    Sebagai pemilik, sikap lepas tangan 100% kepada kontraktor seharusnya dielakkan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

    Bina rumah murah sendiri bajet bawah 100k – Murah & Cantik

    Dalam edisi rumah idaman kali ini kami bawakan perkongsian dari Puan Mahwiza Nahrowi bagaimana beliau dapat bina rumah sendiri dengan kos murah (Rm 65K sahaja). Rumah yang terletak di Senaling, Negeri Sembilan ini mula di bina pada awal Ramadhan lalu dan siap selepas hanya 5 minggu. Rumah yang berukuran 824 kaki persegi kini sudah siap dan selamat diduduki beliau bersama suami serta seorang anak perempuan yang sangat comel.

    VIEW IN GALLERY

    Dalam perkongsian pemilik dengan pihak impiana baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa rumah ini dibina di atas tanah pusaka ibu mertuanya yang tinggal tidak jauh dari situ. Beliau sebelumnya menetap di Shah Alam tetapi merancang untuk menetap di Negeri Sembilan selepas suaminya dapat kerja di sana.

    Dengan kos berjumlah RM65K, rumah berkeluasan 824 kaki persegi yang memiliki 2 bilik tidur & 2 bilik air ini dibina menggunakan besi hollow sebagai kerangka. Dinding pula dibina menggunakan papan fashia. Manakala untuk kemasan dalaman, papan gipsum digunakan untuk buat partition.

    Di bawah ini kami kongsikan gambar pelan rumah konsep kabin yang disediakan oleh kontraktor, gambar semasa pembinaan & juga gambar setelah rumah siap di bina. Anda boleh tiru idea ini untuk bina rumah bajet bawah 100K.

    VIEW IN GALLERYBuat rumah atas tanah sendiri - Konsep Kabin

    Binaan rumah berkeluasan 824 kaki persegi menggunakan konsep kabin sesuai dengan citarasa pemilik.

    VIEW IN GALLERY

    Rangka rumah dibina menggunakan besi hollow.Cara jimat buat rumah sendiri yang practical & cantik.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Dinding luar dibina menggunakan papan fashia manakala dinding dalam menggunakan gypsum board.

    VIEW IN GALLERY

    BACA JUGA : Hiasan Ruang Tamu – TIPS

    VIEW IN GALLERY

    Lantai balkoni dibina menggunakan kayu menjadikan bahagian depan rumah nampak lebih bergaya.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Mini bar dibina sebagai pembahagi/tirai antara ruang makan dan ruang tamu

    VIEW IN GALLERY

    Hiasan bilik tidur si comel menggunakan gabungan warna ceria sesuai untuk kanak-kanak.

    Rujukan : Impiana.my

    BACA JUGA : Ingatkan Kos Pasang Lantai Vinyl Mahal Rupanya Tak Sampai RM1000 Pun Kalau Pasang Sendiri.

    Baca Juga : Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di Kelantan

    Apa pendapat anda semua? Dengan kos bina rumah atas tanah sendiri serendah Rm65k anda mampu bina rumah secantik ini. Kepada anda yang sedang tercari-cari tips buat rumah atas tanah sendiri atau inginkan design rumah kampung moden, boleh jadikan entri ini sebagai inspirasi.

    bina rumah murah buat rumah sendiri cara jimat buat rumah sendiri rumah bajet 50k tips buat rumah atas tanah sendiri cara buat rumah batu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Saya Jumpa 2 Biji Kerusi Meja Makan Terbuang, Kutip dan Jadikan Sofa Kayu DIY Ni’
    Next Article Beli Rumah Subsale & Ubahsuai Dengan Kos Renovasi RM8K Sahaja.Lihat hasilnya

    Related Posts

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    Deko Rumah 2 Tingkat Berkonsepkan Klasik Moden Dengan Tema Putih & Neutral

    February 16, 2023

    Dekorasi Rumah Subsale Semi-D, Dari Terbiar 4 Tahun Kini Jadi Rumah Impian

    February 13, 2023

    Dari Minat, Lelaki Ini Bina Sendiri Rumah Dari Kayu Terbuang & Tempatan

    September 2, 2022

    Renovasi Rumah Teres 2 Tingkat Kepada Konsep Simple & Minimalis Moden

    December 19, 2021

    Lelaki Kongsi Pembinaan Rumah Untuk Ibu Ayah, Impian Waktu Kecil Kini Tercapai

    December 9, 2021

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.