Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Dari Minat, Lelaki Ini Bina Sendiri Rumah Dari Kayu Terbuang & Tempatan
    DIY

    Dari Minat, Lelaki Ini Bina Sendiri Rumah Dari Kayu Terbuang & Tempatan

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDSeptember 2, 2022No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Mohd Nazmie has used a combination of discarded wood and local wood like cengal, damar hitam and medang to build his double-storey home in Kampung Pantai Senak in Bachok. — MOHD NAZMIE CHE MOHD ASHARI
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Semua orang berimpian memiliki rumah idaman, sama ada yang sudah siap atau dibina sendiri dari awal. Namun tidak banyak pembinaan rumah menggunakan bahan-bahan terbuang seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Bachok, Kelantan iaitu Mohd Nazmie. Tukang kayu yang juga guru bahasa Inggeris ini mengumpul begitu banyak kayu terbuang, batang pokok dan kayu balak sehingga sesetengahnya digunakan untuk membina sebuah rumah.

    Masih dalam proses pembinaan, rumah kayu simple 2 tingkat dengan elemen seni bina Melayu ini menggunakan kombinasi kayu terbuang dan tempatan seperti cengal, damar hitam dan medang. Berkeluasan 167 sq m, projek bermula semasa tempoh PKP pada permulaan pandemik.

    Pembinaan Rumah Kampung Dari Kayu Terbuang & Tempatan Hasil Pertukangan Sendiri

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Sebelum terbinanya rumah, pengusaha kecil ‘Tembusu Woodworks’ ini telah menghasilkan barangan seperti meja belajar, papan pemotong, bangku dan mainan menggunakan batang pokok dan kayu terbuang dari tahun 2012. Selain itu, kayu tahan lama seperti cengal, mersawa, kapor dan merbau turut digunakan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Tidak pernah menghadiri mana-mana bengkel kerja kayu, dia mempelajarinya sendiri dengan menonton tutorial video di platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan Pinterest, selain melawat bengkel-bengkel perabot dan tukang-tukang berpengalaman untuk meningkatkan kemahirannya.

    VIEW IN GALLERY

    Dengan semangat dan minat terhadap kerja-kerja kayu sejak sekian lama, dia akhirnya dapat membina sendiri sebuah rumah idaman dari kosong untuk didiami bersama keluarganya. Semoga kisah Mohd Nazmie mendorong kita untuk terus mengejar impian masing-masing.

    Kredit: Mohd Nazmie Che Mohd Ashari (via The Star)

    binaan rumah kayu inspirasi rumah idaman seni bina rumah kayu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTransformasi Bilik Laundry Pelbagai Fungsi Yang Functional Beserta Tips
    Next Article Ubahsuai Teres 80-an Kepada Design Baru Dengan Kemasan Semulajadi

    Related Posts

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.