Ruang dapur sudah semestinya merupakan antara tempat kesukaan para wanita atau ibu, lebih membahagiakan apabila mempunyai sebuah ruang pantri. Roszita Khairi, yang pernah berkongsi transformasi rumah banglo miliknya, berkongsi pula dekorasi pantri bersama ruang laundry dalam rumah tersebut. Menjadi antara tempat yang paling disukainya, semuanya dihasilkan sendiri oleh suami, Jamaludin Azman. Boleh dikatakan ianya kebolehan dan bakat tersembunyi yang dimiliki oleh suaminya itu. Mengambil masa sebulan lebih untuk impiannya menjadi kenyataan, dia begitu menyukai setiap sudut dalam ruang pantri dan laundry ini.
Hasil Dekorasi Ruang Laundry dan Pantri Impian
Berukuran 7.5 kaki x 10.5 kaki.
Pengering tidak menggunakan hos, tetapi membiarkan udara keluar dari lubang berjaring di bawahnya. Jadi semasa pengeringan, tingkap dibuka.
Counter top mesin juga dihasilkan sendiri oleh suaminya.
Kabinet dari kayu biasa.
Vakum jenama Jimmy berharga RM 699.
Rak pantri dari Shopee.
Dinding rak shiplap dari plywood.
Balang (bersebelahan bekas telur) dari kedai Cowboy.
Besi hitam para dari Lazada.
Cangkuk dibeli di Jordan.
Zaman sekarang DIY sahaja, kan? Semoga menjadi inspirasi!
Kredit: Roszita Md Khairi
Facebook
RSS