DIY, Taman

DIY Kawalan Serangga Untuk Masalah Serangan Makhluk Perosak Pada Tanaman

Mohon share tanda suka

Untuk yang masih ‘beginner’ mencari penyelesaian kepada permasalahan makhluk perosak seperti ulat dan belalang pada tanaman, ini perkongsian DIY kawalan serangga dan air basuhan beras oleh Liyana Poad. Simpankan dalam suhu bilik, dan boleh semburkan pada waktu pagi atau petang. Jangan terlepas untuk hasil yang berbaloi. Pokok menjadi sihat dan tidak terkena serangan.

Cara DIY Pengawal Serangga Perosak Tanaman

VIEW IN GALLERY

Ini ialah air rebusan bunga cengkih. Sukatannya dalam 4 sudu besar bunga ditambah 10 cawan air dan rebuskan sehingga mendidih. Bunga dibuang dan ambil airnya sahaja. Isikan sehingga botol penuh. Ia tahan sebulan.

Semburkan pada daun berselang 2 – 3 hari.

VIEW IN GALLERY

Ini air kunyit serbuk (dalam sesudu makan) + cili padi (5 biji yang dipatah-patahkan) + bawang kecil (5 ulas) yang diperam selama sehari. Ia tahan 2 minggu.

Seeloknya semburkan pada waktu cuaca sejuk dan redup 2 kali seminggu. Ia sesuai pada pokok berusia sebulan ke atas.

VIEW IN GALLERY

Ini air basuhan beras yang diperam selama 24 jam. Ia lebih kepada baja yang membekalkan karbohidrat kepada tanaman. Campurkan air biasa (1 liter) dengan nisbah 1:1 dan siramkan pada pokok berselang 3 hari.

Campuran dengan air sangat perlu untuk pokok berbatang lembut. Batang keras tidak ada masalah.

VIEW IN GALLERY

Ini ialah cuka kayu (2 ml) yang telah dicampurkan dengan air biasa (1.5 liter). Semburkan berselang 3 hari pada sebelah petang. Ia tahan seminggu.

VIEW IN GALLERY

Jika sayangkan pokok anda, boleh cuba buat seperti ini.

Kredit: Liyana Mohd Poad

Related Posts