Nak membersihkan rumah pun perlu ada caranya, kerana kebersihan merupakan antara faktor kesejahteraan dan mencerminkan peribadi penghuni rumah. Mungkin ada di antara anda yang mempunyai salah satu atau semua tabiat ini. Sekiranya ya, anda perlu mengelakkannya supaya rumah tidak menjadi kotor setiap kali anda melakukan pembersihan.
1. Menghancurkan lipas selepas membunuhnya
Terdapat sesetengah orang yang akan menghancurkan lipas selepas membunuhnya dengan racun serangga. Sebenarnya, ini boleh mengotorkan lagi rumah kerana berkemungkinan terdapat anggota badannya yang masih tersisa dan tak dibuang disebabkan kita tidak perasan. Tambah teruk, ia boleh menarik lagi banyak lipas untuk datang.
2. Menggunakan rotan bulu ayam, atau yang sejenis dengannya untuk membersihkan habuk
Sekiranya habuk dibersihkan menggunakan rotan bulu ayam atau yang sejenisnya, ia hanya akan menyebarkan lagi habuk-habuk ke seluruh ruang, menyebabkan perabot yang berdekatan serta lantai semakin kotor. Sebaiknya gunakan kain lap basah untuk membersihkan habuk.
3, Terus meletakkan berus tandas ke dalam bekasnya selepas selesai mencuci
Sekiranya kita terus meletakkan berus tandas yang masih basah ke dalam bekasnya, ini akan menyebabkan kotoran air berkumpul di dalam bekas itu, sekaligus menyebabkan tandas berbau busuk dan menarik lipas. Selepas habis mencuci tandas, biarkan dahulu berus di luar sehingga kering.
4. Menggunakan kain lap yang sama di permukaan yang berlainan
Ramai antara kita lebih cenderung untuk menggunakan kain lap yang sama sewaktu membersihkan apa-apa sahaja permukaan. Tetapi cara ini boleh menyebabkan kotoran dan kuman merebak ke tempat-tempat lain. Oleh itu, pastikan menggunakan kain lap yang berbeza untuk membersihkan permukaan yang berlainan.
#5 Menggunakan pencuci baju yang salah
Anda perlu menggunakan pencuci baju yang betul mengikut jenis mesin basuh. Ini kerana mesin basuh muatan depan dan muatan atas mempunyai perbezaan yang tersendiri. Jika bahan pencuci biasa, ia menghasilkan busa yang banyak dan tidak boleh dibilas dalam mesin basuh muatan depan yang menggunakan lebih sedikit air, berbanding mesin basuh muatan atas. Ini mungkin boleh menyebabkan sisa sabun merosakkan drum mesin basuh dan meninggalkan sisa pada pakaian.
Facebook
RSS