Duduk di rumah sewaktu PKP membuatkan kita bertindak untuk mengubahsuai dan menghias kawasan ruang rumah dengan suasana yang baru. Barulah tidak terasa jemu untuk meluangkan masa di rumah dengan keadaan ruang yang berbeza. Sebuah bilik tidur di dalam rumah jenis teres 2 tingkat ini juga mengalami perubahan sewaktu PKP hasil ubahsuai. Pemiliknya iaitu Aida Syam melalui FB group ‘Deco Rumah Ku Syurga Ku’ berkata, dia hanya membelanjakan bajet yang minimum dengan cara menyusun atur semula, membuang barangan yang sepatutnya dan menggunakan semula barangan yang boleh digunakan.
Hasilnya, bilik tidur yang berkeluasan lebih kurang 20 kaki x 15 kaki ini kelihatan lebih kemas, tanpa mengeluarkan kos yang besar. Mari lihat hasil ubahsuai tersebut di bawah ini.
Idea Ubahsuai Ruang Bilik Menggunakan Aplikasi ‘Room Planner’
Ruang Bilik Sebelum Ubahsuai
Saluran paip aircond telah ditutup.
Hasil Dekorasi Bilik Dengan Bajet Minimum Selepas Ubahsuai
Cat menggunakan jenama Jotun kod warna Washed Linen.
Semua barang dari IKEA, antaranya adalah, meja solek, meja sisi, bantal, para dinding jenama Mosslanda, cermin dan cadar. Manakala perabot yang sedia ada dari kedai perabot.
Semoga dapat memberi inspirasi kepada peminat-peminat deko.
Kredit: Aida Syam