Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Hiasan Bilik Tidur Modern Ala Hotel – 7 Tips Untuk Feel Bilik Anda Seperti Bilik Hotel
    Bilik Tidur

    Hiasan Bilik Tidur Modern Ala Hotel – 7 Tips Untuk Feel Bilik Anda Seperti Bilik Hotel

    RishdanBy RishdanMay 17, 2018Updated:June 25, 2018No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ada tak yang mahukan rumah macam hotel ? Anda pasti suka deko bilik tidur moden gaya hotel 5 star. Simple, kemas dan bersih. Betul tak?  Sebenarnya tak susah nak deko gaya hotel. Siapa pun boleh buat. Antara nak atau tak je. Jom kita lihat 7 7 Tips Untuk Feel Bilik Anda Seperti Bilik Hotel. Mungkin anda sudah bosan dengan hiasan bilik tidur gaya lama atau ingin ubah rasa sempena raya tahun ini? Anda boleh cuba tips berikut.

    1.Lampu tidur

    Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil.

    Lampu di sisi katil menaikkan seri ruang tidur dan memberi kehangatan semasa kita memadamkan lampu utama. Jika anda perasan, lampu sisi atau lampu pendakap di hotel selalu memberi rasa nyaman dan selesa.

    Antara tipsnya adalah lampu pendakap lebih elok jika gandingannya sama dengannya. Manakala, lampu hiasan lain lebih mudah disuai padankan dengan gabungan yang berbeza.

    VIEW IN GALLERY

    2. Cadar dan bantal
    Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel terletak pada kiraan benangnya. Jika anda mahu mencari cadar, pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300.

    Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi, untuk bilik anda, pilihlah dari jenis fabrik yang anda suka dan selesa. Jika mahu bawa pulang lebih suasana hotel itu, boleh pilih putih sebagai warna cadar.

    Bantal kecil di hotel bukan sekadar penghias katil. Ia sentiasa ada di tangan kita semasa menonton televisyen atau membaca buku. Tekstur pada bantal mengubah keadaan bilik yang suram. Bantal-bantal kecil pelbagai corak ini melengkapkan bantal tidur utama dan mampu menjadikan bilik kita persis bilik sebuah hotel. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4 bantal untuk menghiasi katil anda.

    3. Warna
    Tenang dan sofistikasi. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah anda, pilih satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah.

    Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada siling sebanyak 20 peratus.

    4. Bahan Lantai
    Bilik hotel memberi rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Jika ini agak tinggi kosnya bagi anda, cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa. Semakin lembut ia pada kaki anda, semakin tinggi kesesuaiannya.

    Ambal bersaiz kecil, misalnya, sangat bagus jika dibeli lebih dari sehelai. Susunkan ia pada tiga bahagian di sebelah katil. Tapi jika anda mahu memasang karpet di seluruh lantai bilik, pilihlah karpet dengan warna neutral.

    5. Bangku
    Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik. Ia menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut.

    Bangku datang dalam pelbagai gaya. Bangku yang sarat dengan hiasan batu berkilat dan cermin pada kaki menghasilkan ciri-ciri glamer. Jika tidak mahu bangku, cuba letakkan peti kayu besar pada hujung katil bagi menggantikan bangku biasa. Selain datang dengan pelbagai fungsi, ia juga unik dan memukau pandangan. Peti kayu seperti ini boleh didapati di kedai antik atau perabot.

    6. Kepala Katil/Feature Wall

    Kepala katil biasanya memudahkan anda bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada memasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.

    Hiasan pada dinding di atas kepala katil tidak semestinya mahal. Malah, bahan murah pun sering nampak hebat jika tahu menggayakannya. Gambar tumbuh-tumbuhan yang biasa anda temui di kedai serbaneka mengingatkan kepada alam semulajadi yang damai. Cermin pula memberi kesan visual menarik lebih-lebih lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.

    7. Aksesori

    Ambil peduli dengan aksesori walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati anda atau yang anda suka.

    VIEW IN GALLERY

    Ada pelbagai pilihan seperti wangian, bunga segar, lilin, buku, arca dan gambar berbingkai. Ini juga menolak pendapat yang hiasan menarik hanya sesuai diletakkan di ruang tamu. Bilik tidur juga ada hak untuk mendapatkan karya seninya sendiri.

     

    bilik tidur moden hotel mewah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Kabinet Dapur Dengan RM94 Sahaja, Inspirasi DIY
    Next Article Deco Rumah Kecil – 5 tips Hiasan Dalaman Rumah KECIL Tampil MEWAH

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    Deko Nurseri Berkonsepkan Boho Dengan Gaya Campuran Untuk Bayi Perempuan

    July 27, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!

    July 25, 2023

    Ubahsuai Bilik Berkonsepkan Moden Yang Mampu Milik Untuk Kanak-Kanak Lelaki

    July 21, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.