Pernah dengar tentang ‘murphy bed’? Dalam bahasa kita, ianya adalah sebuah katil lipat, sering digunakan dalam bilik yang bersaiz kecil. Kami ingin berikan idea DIY katil lipat atau ‘murphy bed’ ini untuk anda yang mempunyai ruang bilik yang kecil. Seorang lelaki di Facebook, Hito Kiri, membuat katil lipat ini untuk bilik tetamu, sebagai percubaan kali pertamanya dalam pembinaan katil. Bilik yang kecil jika diletakkan katil, akan memenuhi segenap ruang. Jadi dengan idea katil seperti ini, terdapat ruang untuk solat dan boleh diletakkan tilam bersaiz queen.
Jelasnya, buat masa sekarang, katil ini dibuat untuk kegunaan diri sendiri sahaja kerana belum di’finalize’ bahagian mekanisma ‘lift’nya. Baginya ia sudah O.K memandangkan dia sendiri boleh mengangkatnya tanpa sebarang masalah. Jadi, penyelesaian bahagian ‘lift’ boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Apa-apapun, mari lihat hasil DIY katil lipat atau ‘murphy bed’ oleh Hito Kiri di bawah ini.
Dia menggunakan jenis engsel untuk kerusi bot, boleh mencarinya di Shopee.
HASILNYA:
Jika terdapat bantal dan selimut di atas tilam, ia tidak muat untuk ditolak ke dinding. Oleh itu, bantal dan selimut disimpan di kabinet atas.
Buat masa ini, dia menggunakan bolt pada kiri dan kanan sebagai ‘kunci’. Selepas ini akan dibuat mekanisma yang lebih baik.
Buat masa ini, dia membuat kaki katil ini untuk sementara.
Untuk anda yang berminat untuk mencuba, boleh tonton video mengenai cara pembuatan katil lipat ini dalam akaun YouTube nya di sini.
Kredit: Hito Kiri
Facebook
RSS