Pallet telah wujud selama bertahun-tahun dan kebanyakannya digunakan untuk menyimpan, pembungkusan dan penghantaran pelbagai jenis barang. Kalau dulu kita selalu lihat longgokan pallet kayu di mana – mana. Tapi kini kayu pallet terkenal bukan sahaja untuk menyimpan barang, tetapi juga untuk DIY. Ia telah menjadi satu topik hangat tentang DIY dan orang yang berjiwa kreatif telah hasilkan pelbagai jenis rekaan perabot rumah pallet yang bukan saja cantik malah berguna dalam kehidupan seharian. Sesuai dengan topik, kali ini kami bawakan 22 idea perabot bilik tidur menggunakan pallet sebagai inspirasi.
Perabot Bilik Tidur Pallet
Dengan menggunakan pallet sebagai perabot, pertama sekali kita menyokong kitar semula. Kedua, ianya sangat menjimatkan. Kita boleh beli pallet dengan harga yang murah di kedai berdekatan. Ketiga, bergantung pada kreativiti anda, hasilnya sangat cantik dan bergaya.
VIEW IN GALLERY
Katil bayi menggunakan kayu pallet
Si comel anda pun layak untuk merasai tidur yang lena di atas katil yang direka dari pallet ini. Bukan saja unik, tetapi ianya sangat berguna. Kalau la si comel ini sudah mampu ingat, mungkin inilah saat yang paling bermakna.
Kita boleh kitar semula kayu pallet dengan pelbagai cara yang berbeza, bergantung kepada apa yang kita cuba hasilkan. Tidak terhad pada sebuah katil sahaja sebagai perabot bilik tidur, anda juga boleh reka meja sisi sepadan katil pallet tadi. Dengan menggunakan dua palet disusun anda juga secara tidak langsung memberi ruang penyimpanan berguna untuk katil.
Elok jika dipadankan dengan kerusi atau bangku dari pallet juga, meja kopi ini sangat berguna sebagai perabot bilik tidur. Berbual bersama pasangan sambil minum segelas teh, memang mengasyikkan.
Diy rak buku dari kayu pallet
Tidak perlu belanja besar untuk beli rak buku yang mahal. Gunakan kreativiti untuk hasilkan sendiri perabot bilik tidur berasaskan kayu pallet ini lebih menguntunhkan. Hasilnya sungguh mengujakan
Frame gambar
Walaupun nampak biasa pada pandangan sesetengah individu, namun kreativiti ini harus dipuji. Berfungsi sebagai bingkai gambar, di samping suasana yang ditawarkan.
Baca seterusnya dalam segmen DIY : cara hasilkan diy wainscoting dengan beberapa step yang sangat mudah difahami & murah; modal hanya RM159.