Apakah rumah impian anda sewaktu kecil dahulu? Bagi Haziq Ammar, dahulu, dia sangat menyukai untuk melukis rumah-rumah impiannya memandangkan dia datang dari keluarga yang susah dan menduduki rumah yang usang. Dari situ, dia ingin melihat ibu dan ayahnya untuk hidup lebih selesa. Maka, demi mereka, dia berusaha sebaik mungkin untuk memberikan kediaman yang lebih baik. Pada akhinya, dia dapat menghadiahkan sebuah rumah, terletak di Alor Star, kepada mereka.
Bercerita hal rumah, ia diuruskan sendiri olehnya dari A – Z kerana mahukan lebih kepuasan dengan pilihan sendiri. Malah, dia sanggup menghabiskan masa dan tenaga, dari melukis pelan, mencari bahan-bahan binaan dan tukang-tukang yang berkaitan, melihat proses dan pembelian barang-barang binaan, sehingga selesai. Walaupun bukan seorang jurutera, sebaliknya dari bidang perhotelan, dia melakukannya demi minat.
Proses Pembinaan Rumah
Beralih kepada bab kos, dia berpuas hati kerana dapat berjimat ratusan ribu ringgit berbanding mengupah kontraktor. Untuk keluasan dan design rumah ini, ia menghampiri RM 400K. Tetapi kos keseluruhan yang dibelanjakannya tidak melebihi RM 200K.
Cermin jenis tempered glass berketebalan 15 mm.
Hasil Pembinaan dan Dekorasi Rumah Impian Untuk Ibu Ayah
Tidak ada konsep tertentu, apa yang dirasakan cantik pada matanya akan digunapakai. Namun masih banyak yang perlu didekorasi.
Terdapat juga perabot dari kedai terpakai, seperti kerusi berbelang dan pasu-pasu.
Sofa berharga RM 2500 (harga asal RM 4999), pokok pisang berukuran 180 cm beserta pasu, frame gambar (ruang tamu), meja kopi, meja konsol (dari plywood dan kayu) dan set meja makan (dapur) berharga RM 1200 dari SSF.
Semoga dapat memberi inspirasi kepada yang menyukai konsep yang sama.
Kredit: Haziq Ammar
Facebook
RSS