Tiada masalah sekiranya membuat bumbung slab, perlu rajin melihat dan menyelenggaranya dengan baik secara berkala seperti membuang sampah atau apa-apa yang menahan aliran air supaya tiada air bertakung dan menyapu cat Pentens Fleseal T-200 setiap 8 – 10 bulan pada kawasan diperlukan untuk memastikan bumbung terus kalis air. Itu perkongsian seorang lelaki mengenai bumbung slab yang sudah lebih 2 tahun digunakannya.
Perkongsian Pengalaman Menggunakan Bumbung Slab Untuk Rumah
Kontraktor sudah membuat banyak lapisan untuk waterproofing.
Dalam bumbung ‘ditanam’ blok cermin/kaca bercorak bukan clear untuk cahaya semulajadi masuk pada siang hari. Ia menjimatkan elektrik (tidak perlu membuka lampu kerana sentiasa terang), tidak boleh melihat ke luar/dalam serta tidak panas dan ‘terbakar’ barang-barang kerana cahayanya terbias, bukan menumpu.
Rumahnya juga menggunakan solar atas atap.
Sewaktu membuat rumah, kontraktor ‘menanam’ paip wiring dalam konkrit, kemudian memasukkan wayar. Lokasi lampu, kipas, aircond, plug dan suis di-design lebih awal. Besi kipas dicangkuk dan diikat pada besi lantai slab.
Kipas dibuka waktu malam manakala aircond waktu siang.
Pintu Perancis luas dibuka, di hadapan rumahnya taman dan tiada rumah menghalang angin masuk.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Fuad Latip