Kalau sebelum ini kami bawakan idea untuk menghias meja kopi ruang tamu, kali ini idea dekorasi ruang tamu rumah teres menjadi pilihan. Ruang ini adalah kawasan penting sebagai tempat untuk menerima kehadiran tetamu ke rumah kita. Ruang tamu juga boleh dianggap sebagai kawasan yang memberi cerminan kepada peribadi pemilik – dengan dekorasi ruang tamu sesuai dengan keperibadian gaya seperti klasik, elegan , feminin ataupun maskulin.
Dalam dekorasi ruang tamu, perkara penting yang perlu kita tentukan adalah pemilihan tema yang akan guide kita dalam pemilihan perabot, aksesori dan sebagainya. Sebagai inspirasi dan idea, HIAS akan bawakan koleksi dan contoh dekorasi ruang tamu rumah teres setingkat. Anda boleh pilih sebagai rujukan dan mungkin mengubah design mengikut citarasa sendiri.
Koleksi Dekorasi Ruang Tamu Rumah Teres Setingkat :
VIEW IN GALLERYWarna hijau lembut menjadi pilihan pemilik rumah ini untuk mewujudkan suasana natural dan tenang pada mata. Pemilihan perabot seperti meja kopi dan set sofa disesuaikan dengan lantai kayu yang dihiasi karpet kelabu.Sumber
VIEW IN GALLERYSuka tengok hiasan pada dinding yang menggunakan tiga gambar. Untuk mengelakkan dinding nampak kosong, ini adalah idea terbaik. Nampak menarik tanpa rasa serabut dengan diimbangi 2 lampu hiasan, set sofa dipadankan dengan warna dinding. Warna meja kopi juga disesuaikan dengan sarung bantal sofa. Sumber.
BACA : 3 Trend Warna Cat Rumah Tahun 2017
VIEW IN GALLERYPerabot yang tersusun rapi memberikan ketenangan kepada pemilik rumah; malah tetamu yang berkunjung. Dengan sedikit aksesori pada meja kopi, ruang tampil lebih unik. Sumber
VIEW IN GALLERYTerang dan menyerlah, idea hiasan dalaman ruang tamu moden ini menjadikan merah sebagai daya tarikan. Dinding kelabu mengimbangi warna merah – kurang sakit mata memandang.
VIEW IN GALLERYKami suka dengan tema hitam putih pada dinding yang juga merupakan ruang di mana tv di gantung – memang nampak moden. Sumber
VIEW IN GALLERYNampak mewah, wallpaper di sebelah kiri dan kanan ruang tv sangat cantik. Di satu sudut ia dihiasi dengan bunga dalam pasu yang membawa unsur tropika ke dalam rumah.
VIEW IN GALLERYRuang tamu ; walaupun kecil tetapi dengan dekorasi tersusun menjadiknya lebih kemas
VIEW IN GALLERYAkhir sekali,jika kita bercakap tentang hiasan dalaman sesebuah rumah, maka semuanya itu akan kembali merujuk kepada konsep yang kita bawa, kreativiti dan fungsi yang kita inginkan.
Anda ada idea yang mahu dikongsi? Sila like page kami di facebook.com/hiasdotmy dan hubungi kami di sana. Semoga perkongsian anda bermanfaat kepada semua.