Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Seni bina»Kos Bina Rumah 3 Bilik RM20000 Sahaja? Bagaimana?
    Seni bina

    Kos Bina Rumah 3 Bilik RM20000 Sahaja? Bagaimana?

    RishdanBy RishdanFebruary 19, 2017Updated:May 26, 2021No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Plan rumah 3 bilik kos rendah
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seakan-akan tidak percaya apabila terbaca satu artikel yang disiarkan Bernama pada Julai tahun lepas. Dengan kos pembinaan zaman sekarang mampu lagi ke bina rumah dengan harga RM20000 sahaja?. Hampir sukar untuk kita percaya bukan?. Namun anda boleh teruskan membaca artikel kos bina rumah paling murah di bawah. Nilai sendiri bagaimana kerjasama antara beberapa pihak dan pelajar dari Politeknik dan Kolej Komuniti dapat membina rumah 3 bilik dengan kos yang paling murah.(gambar sekadar hiasan)
    Baca juga : Idea ubahsuai rumah teres 2 tingkat

    Kos bina rumah paling murah Rm20K

    BESUT – Bolehkah sebuah rumah kediaman tiga bilik dibina dengan kos kurang RM20,000 dan disiapkan tidak sampai sebulan?

    Mungkin ramai yang sangsi namun, sekumpulan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia membuktikan mereka boleh membina rumah berkeluasan 600 kaki persegi itu pada kos dan tempoh berkenaan.

    Dengan dibantu pensyarah selain berbekalkan kemahiran, mereka melakukan pembinaan ‘luar biasa’ itu di daerah Besut pada akhir Mac lalu.

    Sehingga kini, sebanyak 15 rumah telah dibina untuk penduduk miskin dan kurang berkemampuan.

    Baca juga : Bina Rumah Bawah RM80K

    Sejak berjaya membina rumah Program Rumah Komuniti, pelbagai pihak mula yakin dengan kemampuan pelajar dan pensyarah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidik Tinggi itu.

    Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau mengilhamkan program berkenaan kerana mahu menyelesaikan masalah ketiadaan rumah dalam kalangan penduduk miskin dan kurang mampu.

    Beliau berkata ketika mengemukakan cadangan membina rumah komuniti secara cepat, murah dan berkualiti itu, ramai yang tidak percaya ia boleh dilaksanakan.

    “Dengan kesanggupan dan semangat, pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Malaysia mencatatkan sejarah dengan membina Rumah Komuniti yang pertama untuk penduduk miskin dengan kos lebih murah dalam jangka waktu singkat pada akhir Mac lepas,” katanya semasa menyerahkan Rumah Komuniti Ke-15 di Kampung Pak Demalik, Jerteh di sini.

    Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata rumah pertama dibina di Kampung Padang Landak Jerteh dalam masa 22 hari dengan kos RM19,900 melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).

    “Kaedah IBS dapat menjamin pembinaan rumah yang kukuh dan memenuhi aspek pembinaan kediaman.

    “Setakat ini, empat daripada rumah itu dibina di kawasan Dun Jerteh, lima di Dun Kota Putera, empat di Dun Kuala Besut dan dua di Dun Hulu Besut,” katanya.

    Idris berkata, Program Rumah Komuniti itu akan diperluaskan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk Universiti Malaya melalui Jabatan Kejuruteraannya yang menawarkan kepakaran teknologi hijau dalam pembinaan, yang belum pernah dilaksanakan di dunia.

    Selain itu, beberapa syarikat pembinaan turut membantu dengan memperkenalkan produk pembinaan rumah berteknologi tinggi yang mampu menghindar kepanasan dan tahan sehingga 40 tahun seperti pembinaan Rumah Komuniti di Kampung Beris Lampu Kuala Besut, yang kini diduduki ibu tunggal, Normahani Mohamad, 43, dan enam anaknya.

    Susulan kejayaan itu, Idris berkata beliau menyasarkan pembinaan 100 rumah lagi di Besut sepanjang tahun ini dengan peruntukan RM2 juta.

    “Program Rumah Komuniti bukan sahaja membantu penduduk malah memberi peluang kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti mengakplikasikan ilmu yang dipelajari dalam program pembinaan rumah untuk komuniti .

    “Graduan banyak belajar dari program ini kerana mereka bukan sahaja seronok bekerja sambil belajar malah, dapat membuktikan kemahiran masing-masing hasil kolaborasi pengarah, pensyarah dan pelajar dalam pengurusan masa dan amalan displin bekerja,” katanya.

    Pembinaan Rumah Komuniti itu melibatkan banyak pihak termasuk pelajar yang menyumbang tenaga dalam menyiapkan rumah termasuk pendawaian dan saluran paip,

    penduduk tempatan menyiapkan kerja tapak rumah sementara Pegerakan Pemuda Umno Besut menguruskan pemilihan penduduk miskin dan yang kurang mampu.

    Idris berkata, program kos bina rumah paling murah itu mendapat perhatian banyak pihak di negeri lain kerana penjimatan kos pembinaannya berbanding Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang memerlukan kos RM40,000 bagi sebuah rumah.

    Program Rumah Komuniti juga mula dilaksanakan di Sabah melalui usaha Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, yang akan membina 12 buah rumah dan sebuah daripadanya telah siap dibina di Tawau. – Bernama

    bina rumah sendiri kos bina rumah rumah murah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Corak Tiles atau Mozek Untuk Lantai Bilik Air
    Next Article 11 Tips Ini Penting Untuk Anda Tahu Sebelum Pilih Perabot di Ikea

    Related Posts

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    11 Inspirasi Rekabentuk Exterior Rumah Dengan Bidai Yang Cantik & Timeless

    June 20, 2023

    Dekorasi Rumah Teres Ini Sangat Minimalis Konsepnya Bertemakan Palet Neutral

    April 12, 2023

    Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah

    April 9, 2023

    Pembinaan Wakaf Gazebo Dari Kayu Seraya Kitam, Lelaki Ini Berkongsi Kaedahnya

    April 4, 2023

    Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi

    March 27, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.