Daripada ruang kosong dan membosankan kepada gaya ‘berani’, cantik, praktikal dan selesa untuk keluarga. Ini ubahsuai sebuah dapur bertemakan warna biru yang memberikan suasana kafe di mana ianya dijadikan inspirasi untuk mentransformasikan dapur ini. Merupakan ruang paling besar dalam rumah, ia berfungsi dengan sempurna tetapi mempunyai kekurangan iaitu tiada ‘karakter’, gaya, kabinet berbentuk L yang kecil tanpa storan dan ruang kerja, dan ruang tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Maka, ia menjadi renovasi pertama yang dilakukan.
Sebelum
Hasil Transformasi Dapur Tema Biru Bersuasanakan Kafe
Brick slips barnstock (@reclaimedbricktile) digunakan untuk mewujudkan dinding bata terdedah di belakang dapur memasak. Sebagai padanan, dinding bata cerobong asap turut didedahkan dengan membinanya semula, menambahkan ‘warmth’ dan ‘karakter’ pada ruang.
- Kabinet Fairford Navy, worktop: @howdensjoinery
- Dapur memasak matt slate grey dengan 2 buah oven bersaiz penuh: @rangemasteruk
- Lantai: @mandarinstoneofficial
- Kerja pembinaan: @j.e_home_improvements
Island bukan sahaja tempat untuk melayani rakan-rakan dan keluarga, ia juga memberikan lebih banyak ruang penyimpanan termasuk tong sampah.
Bersebelahannya adalah bilik utiliti.
Rak papan scaffold ditambah di atas tingkap.
Pintu bifold.
Perbezaan rupa dan suasana yang ketara. Range dapur besar, kabinet gelap, accent kayu, pencahayaan gaya industrial dan tumbuhan menjadikannya ruang yang sempurna untuk memasak dan makan.
Kredit: @thehawkes_victorianrenovation
Facebook
RSS